Manchester United memutuskan untuk tidak mencabar keputusan hukuman oleh EFL ke atas Grimsby Town. Walaupun mereka sebenarnya memiliki masa 5 hari untuk membuat rayuan atau mencabar keputusan tersebut.

Di mana United boleh meminta untuk perlawanan semula atau meminta Grimsby disingkirkan dan digantikan dengan mereka.

Apa sebenarnya berlaku?

Grimsby menurunkan pemain yang tidak sah dalam aksi pusingan kedua Piala EFL baru baru ini. Grimsby membuat kejutan dengan menyingkirkan United menerusi penentuan sepakan penalti.

Samalam EFL mengeluarkan kenyataan rasmi menyatakan bahawa, cukuplah hanya dengan mendenda kelab itu £20,000 dan amaran untuk tidak mengulangi lagi kesalahan mereka.

£10,000 daripada denda itu akan dikembalikan pada akhir musim ini, jika mereka tidak mengulangi kesilapan yang sama.

EFL memberikan hukuman agak ringan, memandangkan pegawai Grimsby sendiri yang datang mengakui bahawa pemain mereka terlambat daftar seminit.

Sepatutnya pendaftaran ditutup pada 12 tengahari, namun Grimsby mendaftarkan Clarke Oduor, yang dipinjam dari Bradford City.

Jadi terdapat perdebatan tentang mungkin EFL harus menyingkirkan Grimsby daripada Piala Carabao dan memasukkan semula Man United.

EFL mengambil kes lalu sebagai rujukan. Misalnya kes serupa melibatkan Liverpool (denda £200,000 pada 2019), Accrington Stanley (£5,000 pada 2016), dan Sunderland (£25,000 pada 2013), kes-kes tersebut juga melibatkan denda, bukan disingkirkan.

Namun dalam Piala FA 2023, Barnsley telah disingkirkan dari kejohanan selepas menurunkan pemain yang tidak layak beraksi. EFL bagaimanapun mengesahkan bahawa Grimsby akan terus kekal dan United tidak layak beraksi.

United tak minat

Wartawan Simon Stone pula menegaskan bahawa United ada masa 5 hari untuk mencabar keputusan EFL itu. Dan United sudah dimaklumkan tentang perkara itu semalam.

https://rtwitter.com/centredevils/status/1962856125834928473

Namun tidak lama selepas itu Simin Stone menegaskan: “Man  United tidak berminat untuk mengikuti isu Piala EFL. Bermakna, Grimsby akan menentang Sheffield Wednesday selepas ini.”