Manchester City dilaporkan telah mencapai persetujuan untuk mendapatkan pemain tengah Argentina, Enzo Fernandez daripada Chelsea dalam satu lagi perpindahan mega pada jendela musim panas ini.
Menurut laporan TyC Sports, Manchester City akan membayar sekitar €140 juta untuk membawa pemain berusia 25 tahun itu ke Etihad. Fernandez dijangka menandatangani kontrak sehingga 2032, dengan pilihan lanjutan selama semusim.
Perpindahan ini berlaku selepas masa depan Fernandez di Stamford Bridge menjadi semakin tidak menentu. Dia turut tidak berada dalam skuad Chelsea ketika menentang Luton Town dalam pusingan kedua Carabao Cup, sekali gus menguatkan spekulasi mengenai perpindahannya.
Fernandez dijangka akan meninggalkan Chelsea selepas tiga setengah tahun bersama kelab London itu.
Chelsea sebelum ini sudah menyatakan pendirian mereka tentang kapten mereka itu. Di mana kelab sentiasa terbuka untuk melepaskannya, memandangkan pemain itu sudah menyatakan hasrat mahu berpindah sejak akhir musim lalu lagi.
Awalnya Enzo Fernandez dikaitkan dengan Real Madrid, namun kemudian dia mulai dikaitkan dengan Manchester City.
Tetapi penghalang utama adalah harga. Di mana Chelsea mahukan sekitar €140 juta untuk pemain itu.
Dan kini Cuty benar benar sedia membayarnya.
Enzo Fernandez tiba dari Benfica pada 2023 dengan nilai sekitar €121 juta dan kemudiannya menjadi salah seorang pemain penting Chelsea sehingga pernah diberikan tanggungjawab sebagai kapten.
Sepanjang berada di Chelsea, Fernandez membantu kelab itu memenangi Conference League 2025 dan Piala Dunia Kelab 2025.
Di Manchester City, Fernandez dijangka menjadi sebahagian daripada usaha kelab untuk memperkuatkan bahagian tengah selepas pemergian Rodri. Dia juga bakal kembali bekerjasama dengan Enzo Maresca, yang kini mengendalikan City.
Jika perpindahan €140 juta ini dimuktamadkan, Fernandez sekali lagi akan mencatatkan angka luar biasa dalam sejarah perpindahannya.
Tiga perpindahannya setakat ini melibatkan jumlah keseluruhan sekitar €279 juta, iaitu €18 juta dari River Plate ke Benfica, €121 juta dari Benfica ke Chelsea dan €140 juta dari Chelsea ke Manchester City.
Laporan terkini turut menyebut nilai €140 juta itu akan menjadikan Fernandez antara perpindahan paling mahal dalam sejarah bola sepak, selain menjadi salah satu pembelian terbesar Manchester City pada musim panas ini.