Michael Carrick dipecat sebagai pengurus Manchester United berkuat kuasa serta-merta susulan aksi hambar The Red Devils sejak kebelakangan ini.

Walaupun masih belum ada pengumuman rasmi dibuat kelab tersebut, berita itu disahkan oleh wartawan terkenal, Fabrizio Romano di laman sosial peribadi miliknya.

Bekas pemain The Red Devils yang dilahirkan pada 1981 itu pernah menyarung jersi Manchester United dari 2006 hingga 2018 sebelum dilantik sebagai pengurus pasukan pada 26 Januari 2026.

Beliau berjaya membimbing United meraih kelayakan ke Liga Juara-Juara musim lalu. Bagaimanapun, Carrick berdepan permulaan yang sangat mengecewakan dalam saingan musim 2026/27.

Ia jelas dibuktikan apabila Manchester United hanya mengumpul lapan mata selepas mengharungi 10 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), sekali gus berada di tangga ketiga tercorot.

Jodoh Carrick & Manchester United Berakhir

Mauricio Pochettino kini semakin disebut-sebut sebagai calon pilihan untuk menggantikan Carrick sejak beberapa jam lalu.

Pengendali semasa skuad kebangsaan Amerika Syarikat itu sebelum ini pernah mengendalikan beberapa kelab ternama seperti Espanyol, Southampton, Tottenham Hotspur, Paris Saint-Germain (PSG) dan Chelsea.