Manchester United telan kekalahan kesebelas mereka musim ini selepas dimalukan Crystal Palace di Old Trafford.
Manchester United dalam usaha untuk memperbaiki kedudukan mereka dalam carta liga musim ini.
United beraksi sekali lagi tanpa Rashford yang dilaporkan sedang menuju ke Aston Villa. Pemain antarabangsa England itu terus tidak sehaluan dengan Amorim.
Amorim sebelum ini menggariskan betapa pentingnya untuk mereka mencapai keputusan positif.
Namun Manchester United telan kekalahan kesebelas mereka. Menjadikan mereka pasukan kedua terbanyak kalah sejak musim lalu, hanya Wolves yang lebih teruk.
13 – Since the beginning of last season only Wolves (16) have lost more Premier League home games than Manchester United (13). Pantomime. pic.twitter.com/55zP2PohoY
— OptaJoe (@OptaJoe) February 2, 2025
Manchester United sekali lagi tumpul di hadapan gol. Dan lebih malang mereka kehilangan khidmat Lisandro Martinez yang terpaksa diusung keluar oleh petugas medikal.
Ruben Amorim watching Lisandro Martínez leave the pitch through injury 💔 pic.twitter.com/4jOiF0jIS0
— ESPN UK (@ESPNUK) February 2, 2025
Jean Phillips Mateta terus cemerlang bersama Palace. Kali ini dia mencetak 2 gol untuk memastikan mereka memintas Manchester United dalam carta Liga Perdana Inggeris.
Gol pertama adalah daripada keadaan bola melantun dari palang dan disambar Marteta.
Gol kedua pula dia menerima hantaran mudah di hadapan gawang dan terus menewaskan Andre Onana.
Rekod Ruben Amorim di Manchester United terus buruk. Dia kini sudah kalah 7 kali daripada 13 perlawanan bersama Manchester United.
Sedangkan di Sporting, dia hanya kalah 6 kali dalam 75 perlawanan.
Ruben Amorim has really lost more league games in his first 𝟏𝟑 at Man Utd than in his last 𝟕𝟓 at Sporting 🙄📉 pic.twitter.com/qwrZweTugH
— LiveScore (@livescore) February 2, 2025
Rekod itu jelas sekali meresahkan Amorim sendiri. Kerana United kini berisiko terlepas kesemua aksi Eropah musim hadapan.
Kecuali mereka melakukan keajaiban dengan memenangi piala domestik sekali lagi, seperti yang mereka lakukan musim lalu bersama Erik Ten Hag.
Aksi seterusnya Manchester United akan berhadapan dengan Leicester dalam saingan Piala FA. Diikuti dengan aksi tumpuan menentang Tottenham Hotspur di tempat lawan.
Ia diikuti dengan aksi berdepan dengan pasukan bimbingan bekas pengurus mereka, David Moyes, Everton di Goodison Park.