Manchester United kalah lagi dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Kali ini skuad bimbingan Ruben Amorim tewas 0-1 kepada Wolverhampton Wanderers di laman sendiri, Old Trafford.

Ini bermakna United sudah mencatatkan kekalahan ke-15 musim ini di dalam liga, rekod sangat buruk untuk kelab bernama Manchester United.

Kalah lagi selepas cemerlang bangkit di UEL

Gol tunggal perlawanan hadir pada minit ke-77 menerusi sepakan percuma cantik oleh pemain gantian Pablo Sarabia, hanya dua minit selepas beliau dimasukkan. Dia membuatkan Onana terkapa kapa tidak dapat menyelamatkan bola cantik dilepaskannya.

Sarabia

Itu adalah bolos ke-46 dilepaskan United musim ini dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

United, yang baru sahaja mencatat kemenangan dramatik 5-4 ke atas Olympique Lyonnais dalam saingan Liga Europa, kelihatan lesu dan kurang bertenaga.

United dilihat cuba meneruskan semangat dan motivasi daripada aksi dramatik menentang Lyon beberapa hari lalu, namun gagal.

Tumpul lagi

Masalah di bahagian serangan jelas membelenggu Manchester United sekali lagi, dengan hanya satu percubaan tepat pada separuh masa pertama.

Kemasukan Bruno Fernandes pada babak kedua sedikit meningkatkan tempo permainan, namun peluang keemasan yang terlepas oleh Mason Mount menafikan peluang mereka untuk menyamakan kedudukan. ​

Kekalahan ini membuatkan United berada di ke-14 liga, manakala Wolves kini menyamai mata dengan mereka dan telah memastikan kedudukan selamat daripada zon penyingkiran.

kalah lagi

Ini juga merupakan kemenangan berganda (back to back) pertama oleh Wolves ke atas United dalam satu musim sejak tahun 1980.

Ruben Amorim
Sumber Gambar: Reuters

Peminat United jelas kecewa apabila pasukan mereka kalah lagi dalam saingan EPL musim ini. Dan harapan mereka mahu bermain di Eropah musim hadapan bergantung kepada kejayaan mereka untuk  menjuarai UEL musim ini.