Marissa Dania minta ibunya, Abby Abadi agar menghentikan tohmahan kepada suaminya Aslam.
Menurut Marissa, kenyataan terbaru Abby Abadi tentang suaminya itu benar benar melampau dan menjijikkan.
Sehingga suaminya Aslam digelar ped*****. Marissa akui dia sudah kenal lama suaminya itu.
Marissa Dania minta ibunya hentikan segala fitnah. Dia berkata: “Saya menulis ini dengan hati yang sangat berat. Sebagai anak, saya tidak pernah berhenti sayang dan hormat pada ibu saya. Tapi untuk hentikan segala ruang fitnah.”
Marissa kecewa kerana kenyataan ibunya membuatkan suaminya kini menerima banyak kecaman dan digelar dengan gelaran menjijikkan.
Marissa menafikan bahawa dia adalah mangsa kepada seorang ped**** sepertimana digambarkan oleh netizen selepas membaca luahan ibunya.
Marissa menambah: “Ianya satu tuduhan yang sangat berat dibuat ke atas saya dan suami saya. Sehingga dia digelar dengan gelaran yang sangat menjijikkan dan tidak berasas, seperti “ped*****”. Di sini saya ingin menjelaskan, sebagai seorang insan, dan sebagai seorang isteri yang tahu cerita penuh yang sebenar di sebaliknya.
“Saya ingin tegaskan bahawa tuduhan itu tidak benar sama sekali.
“Ya kami berkawan, namun kami tidak berpacaran beberapa tahun dulu. Dia bukanlah lelaki yang sempurna, tapi dia bukan penjenayah. Kami berkahwin atas persetujuan dan kesanggupan bersama. Saya bukannya mangsa, seperti apa yang diperkatakan.”
Marissa Dania minta ibunya henti jaja fitnah di media sosial
Marissa Dania sangat berharap sebarang masalah dalam keluarga mereka diselesaikan tertutup antara mereka bukannya dikonngsikan di media sosial.
Dia juga kecewa kerana ibunya langsung tidak memberikan peluang untuknya bercakap.
“Saya menghormati ibu saya, tapi saya mohon hentikan penyebaran cerita yang tidak benar di media sosial. Sebarang rasa tidak puas hati seharusnya dibincangkan secara tertutup, bukan diumumkan kepada umum sehingga nama dan maruah orang lain terjejas,” tambahnya lagi.
Marissa Dania minta ibunya agar memberikan ruang untuk dia berbnicang. Kerana selama ini ibunya tak memberikannya peluang itu.
Dia berkata: “Apa yang lebih menyedihkan, apabila saya cuba menghubungi ibu saya secara baik melalui whatsapp, semuanya tidak diendahkan. Tiada ruang untuk berbincang. Taknak berjumpa. Dan kemudian pada masa yang sama, cerita seperti itu terus disebarkan secara umum di media sosial.
“Saya mohon agar segala rasa kurang senang dapat disuarakan secara peribadi dan tertutup. Kami hanya manusia biasa yang sedang cuba memperbaiki hidup.
“Semoga Allah memberi keampunan dan melembutkan hati kita semua. Dan semoga kebenaran akhirnya menutup segala keburukan yang sedang digembar-gemburkan.”