Bintang baharu Arsenal, Martin Zubimendi menjadi taruhan baharu Mikel Arteta di bahagian tengah.
Pemain tersebut rasmi diumumkan sebagai pemain Arsenal yang baharu semalam.
Dan Martin Zubimendi akui sudah tidak sabar mahu beraksi di hadapan penyokong Arsenal.
Zubimendi menyertai Arsenal dari Real Sociedad dengan nilai perpindahan sekitar £60 juta. Dia setuju dengan kontrak 5 tahun bersama dengan Arsenal.

Bercakap kepada laman rasmi kelab itu, Zubimendi sasar memenangi trofi bersama Arsenal.
Zubimendi berkata: “Ia adalah detik yang sangat penting dalam kerjaya saya.
“Langkah yang saya cari, yang saya mahu ambil. Memang benar sudah 15 tahun dalam pasukan saya sebelum ini, di Real Sociedad, dan jelas ia satu perubahan besar, tetapi saya menantikannya.

“Sebaik sahaja saya mengambil keputusan untuk berubah angin, saya fokus kepada Arsenal.
“Saya fikir dari segi sukan, saya sangat sesuai dengan gaya. Ia adalah pasukan muda, dengan banyak semangat dan cita-cita.
“Mereka telah menunjukkannya dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dan saya fikir beberapa tahun akan datang adalah yang terbaik.

“Saya mahu menyumbang sebanyak yang saya boleh dari padang. Saya mahu berdaya saing dan membantu pasukan dengan semua kualiti saya.
Martin Zubimendi mahu menang trofi
“Sebagai sebuah pasukan, jelas bahawa trofi sering menentukan musim. Jadi, saya fikir memenangi trofi ini adalah sasaran yang bagus.”
Zubimendi benar benar gembira berada di Arsenal, sambil mengiktiraf Cesc Fabregas sebagai bekas pemain Arsenal yang diminatinya.
📺 Quickfire questions with MZ36…
Closest friends 🤝
Idols 🤩
Accomplishments 🏆
And more… pic.twitter.com/J3VmBfKJtS— Arsenal (@Arsenal) July 6, 2025
Dia berkongsi pencapaian terbaiknya setakat ini adalah memenangi Copa del Rey dan EURO.
Peminat Arsenal pastinya sudah tidak sabar mahu melihat gandingan Zubimendi dan Declan Rice di tengah padang. Selain di posisi no.10 atau no.8 mereka ada kapten Martin Odegaard.