Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Pearly Tan-M. Thinaah meneruskan rentak cemerlang dalam Kumamoto Masters Jepun 2025 selepas berjaya mara ke separuh akhir.
Turun selaku pilihan kedua kejohanan, Sze Fei-Nur Izzuddin menundukkan pasangan Chinese Taipei, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan dalam aksi yang berlanjutan hingga ke set ketiga.
Baca Juga:
- Kumamoto Masters Jepun 2025: Senarai Pemain Malaysia Ke Suku Akhir

- Peminat Mahu Rexy Mainaky Dikurniakan Gelaran Datuk Atas Sumbangan Besar Buat Badminton Negara

- Senarai Terkini 2025: Jurulatih Badminton Malaysia Yang Sedang Berbakti Di Luar Negara

Menang 21-16 pada set pertama, Sze Fei-Nur Izzuddin tersentak dengan kekalahan 10-21 tetapi segera bangkit untuk menang 21-16 pada set penentuan.
Kejayaan itu turut melebarkan rekod kemenangan Sze Fei dan Nur Izzuddin ke atas lawan tersebut kepada 6-2.
Pilihan pertama kejohanan beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah turut menepati ramalan selepas menundukkan Hsu Yin Hui-Lin Jhih Yun dari Chinese Taipei dengan kemenangan 21-13, 21-17.
Aksi Separuh Akhir Masters Jepun 2025
Di separuh akhir, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin akan berhadapan dengan wakil tuan rumah, Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita manakala Pearly-Thinaah pula bakal menanti cabaran Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto dari Jepun.
Sementara itu tiga lagi wakil negara iaitu Wong Ling Ching, Wan Arif Junaidi-Yap Roy King dan Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri terpaksa akur dengan kehebatan lawan masing-masing.
Kumamoto Masters Jepun 2025 merupakan kejohanan berstatus Super 500 dalam kalendar Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF).