Sejak Fatin Afeefa melangsungkan perkahwinan bersama suaminya, Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai, pelbagai kisah pasangan ini yang menjadi buah mulut netizen. Mempersenda golongan yang single dan tidak berduit antara yang pernah menjadi ‘gurauan’ suami kepada pelakon ini sebelum ini.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila bekas suami Fatin Afeefa, Adam Shahz dan Fatin Afeefa hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam bagi menyelesaikan isu hak penjagaan anak perempuan mereka iaitu Ivy Herra Sophia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Berdasarkan sumber, pihak mahkamah telah menetapkan tarikh sebutan berhubung kes tersebut pada 17 April hadapan. Dilaporkan penetapan itu susulan daripada bantahan yang dibuat Fatin terhadap pindaan Adam yang memohon agar dia diberikan hak untuk lawatan, bersama dan bermalam dengan anak mereka.

Di sebalik kekecohan yang berlaku melibatkan Ivy Sophia, Aliff Awang selaku suami kepada Fatin Afeefa turut memuat naik sebuah Instagram Stories yang memaklumkan beliau menemani isterinya ke mahkamah namun perbincangan tersebut dikatakan hanya berlangsung sekitar satu minit sahaja.

“Jadi hari ini saya bangun pagi pergi mahkamah dengan isteri. Masuk mahkamah seminit je lepas tu keluar balik.” ulas Opai.

Kenyataan yang dibuat meskipun tidak dituju kepada Adam Shahz, ramai netizen yang mampu meneka individu yang dimaksudkan beliau.

“Tak faham, kenapa ada lelaki macam ni wujud dekat dunia ni. Kenapa awak ni ayam?” kongsi beliau di Instagram Stories.

Untuk pengetahuan, Adam dan Fatin telah mendirikan rumah tangga selama empat tahun sebelum memilih untuk bercerai. Hasil perkahwinan dua individu ini dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Ivy. Fatin Afeefa juga dilaporkan turut mempunyai seorang anak lelaki bernama Adam Aisy Arrian berusia 10 tahun hasil perkahwinan terdahulu.

Sumber