Legenda bola sepak Itali, Marco Materazzi telah mengkritik keputusan Manchester United kerana menjual pemain tengah, Scott McTominay kepada Napoli dengan nilai perpindahan yang dianggapnya terlalu rendah, mengambil kira prestasi semasa pemain tersebut.

Kritikan itu dibuat oleh Marco Materazzi yang berpendapat Manchester United telah melakukan kesilapan besar dengan melepaskan Scott McTominay, terutamanya ketika pemain tersebut berada dalam prestasi terbaiknya.

Menyertai Akademi Manchester United sejak berusia lima tahun, McTominay telah membuat 255 penampilan bersama skuad senior The Red Devils.

McTominay
Kredit Foto: SSC Napoli

Namun pada jendela perpindahan musim panas 2024/25 atau lebih tepat lagi selepas 22 tahun menyarung jersi Manchester United, beliau bertindak meninggalkan United untuk menikmati angin baharu dalam kariernya di Itali dengan yuran perpindahan bernilai €30 juta.

Scott McTominay Dapat Pujian Materazzi

“Scott McTominay adalah seorang pemain yang luar biasa,” ujar Marco Materazzi menurut sumber laporan Goal.

“Saya tidak faham bagaimana Manchester United menjualnya kepada Napoli dengan nilai yang boleh dikatakan hampir tidak masuk akal rendahnya.”

Materazzi: Jual McTominay Dengan Harga €30 Juta Adalah Kesilapan Terbesar Man Utd
Kredit Foto: CARLO HERMANN / AFP

“Saya memang sukakan dia. Ketika dia mula muncul di Manchester United sebagai pemain muda, saya ketawa dan berkata kepada anak saya bahawa walaupun pada usia 18 atau 19 tahun, dia akan menjadi antara pemain terbaik dunia, dan sekarang dia memang begitu.”

“Dia meninggalkan Manchester United dengan nilai €30 juta pada 2024 adalah antara kesilapan terbesar oleh pihak pengurusan dalam sejarah terbaharu kelab itu.”

Sumber