Kecoh beberapa hari ini di Malaysia apabila penyanyi  kumpulan The 1975 berkelakuan kurang sopan dan melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Good Vibes Festival. Hal ini sekaligus menimbulkan kemarahan di kalangan netizen lantas terus mesej ke akaun peribadi individu itu.

Luqman Podolski selaku influencer turut menghantar mesej peribadi ke Instagram Matt Healy dalam meluahkan rasa kecewa terhadap perbuatan tidak senonoh pada acara Good Vibes Festival.

Baca Juga:

Menerusi DM tersebut, Luqman mengatakan kesan tindakan Matt Heally telah menyebabkan ramai artis tempatan yang membuat persiapan awal tidak dapat membuat persembahan pada acara itu.

Malah, beliau meluahkan rasa kasihan terhadap penganjur, vendor makanan dan penaja kerana terpaksa menanggung kerugian yang besar.

Dalam masa yang sama, Luqman juga mengecam sikap Matty yang dianggap tidak menghormati budaya dan undang-undang negara yang dikunjungi.

Tanpa disangka, Matty membalas mesej yang dihantar namun dalam nada sinis yang mana mengucapkan terima kasih kepada Luqman selain dilihat tidak mengendahkan teguran dibuat kepadanya.

Malah, Matty menyalahkan pihak penganjur iaitu Future Sounds Asia kerana mengundangnya ke acara tersebut.

“Terima kasih atas nasihat. Saya telah diundang maka itulah yang anda dapat. Ini salah penganjur!”,balasnya dengan bongkak.

Sementara itu, tinjauan terbaru kami juga mendapati akaun peribadi Instagram Matt Healy sudah menyekat sebarang mesej DM kepadanya.

Dalam pada itu, para netizen turut mengecam sekeras-kerasnya tindakan penyanyi itu yang mana tidak menjaga sensitiviti dan menghormati budaya ketika berada di negara ini.

Sumber Gambar: Twitter @LuqmanPodolski
Sumber Gambar: Twitter @LuqmanPodolski

Insiden itu telah menarik minat pelbagai pihak dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengarahkan baki dua hari acara ini dibatalkan sepenuhnya.