Penyanyi utama The 1975, Matty Healy dilihat sengaja ungkit atau ‘bergurau’ tentang kontroversi yang melanda kumpulan itu di Good Vibes Festival bulan lalu.
Semasa membuat persembahan di konsert Lollapalooza 2023 di Chicago, Amerika Syarikat semalam, Matty Healy 1975 mahu bercakap tentang ‘tip melancong’ dan belum sempat beliau bersembang, ahli kumpulannya terus memainkan lagu hit mereka ‘It’s Not Living If It’s Not With You’.
Baca Juga:
- Netizen Pertikai PDRM Lambat Tangkap The 1975, Ini Penjelasan Datuk Seri Ayob Khan
- Matt Healy Respon DM Luqman Podolski, Salahkan Penganjur Kerana Undang Ke Good Vibes Festival
- ‘Pengecut!’ – Rakyat Indonesia Kecam The 1975 Umum Batal Konsert Di Jakarta
“Anda mahu tip melancong? Jangan pergi ke..” katanya. Rata-rata peminat setia tahu perkara itu sebenarnya hanyalah gimik persembahan yang dibuat kumpulan tersebut sebelum memulakan lagu ‘It’s Not Living If It’s Not With You’.
Ajaibnya, Matty tidak berkelakuan kurang ajar semasa membuat persembahan di Lollapalooza 2023 dan hanya menyanyi dan menghiburkan peminat yang hadir; tidak seperti semasa beliau di Malaysia.
Terdahulu, The 1975 telah melanggar peraturan persembahan dalam Malaysia dengan merokok, minum minuman keras, meludah, memperlekeh undang-undang syariah mengharamkan LGBT dan bercium rakan sejantina di hadapan penonton.
Akibat perbuatan tersebut, acara festival yang berbaki dua hari telah diarahkan dihentikan serta-merta oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.