Kylian Mbappe meramalkan Arsenal sebagai antara calon pilihan untuk menjuarai UCL musim ini selain daripada Liverpool.
Mbappe yang kini beraksi untuk Real Madrid, waspada ancaman pasukan daripada Liga Perdana Inggeris. Kerana menurutnya, pasukan pasukan dari EPL adalah sangat kuat.
Bagi Mbappe, mungkin ramai akan menyebut Man City atau Liverpool untuk menjadi juara, tetapi Arsenal harus diberikan perhatian.
Ini kerana menurutnya, musim ini mungkin musim untuk Arsenal bergelar juara UCL.
Ditanya tentang pasukan EPL mana yang berpeluang menjadi juara UCL musim ini, Mbappe berkata: “Liverpool harus disebut dahulu dan pertama sekali.
“Namun saya juga ada harapan yang tinggi ke atas Arsenal sebab tersebut.
“Ini kerana teras [core] pasukan mereka pada musim lalu telah mengenali antara satu sama lain untuk masa yang lama. Dan itu adalah faktor yang sangat penting dalam bola sepak.
“Ianya sukar untuk pilih mana satu pasukan, mungkin Arsenal, mungkin tahun ini tahun mereka.
“Sudah tentunya lebih mudah untuk memilih City atau Liverpool [juga].”
Kylian Mbappe on his favourites to win the Premier League: “Liverpool has to be mentioned first & foremost, but I also have high hopes for Arsenal, because the core of the team has known each other for a long time & that’s a crucial factor in football.”
“That’s tough [to pick… pic.twitter.com/5TZpERc5WJ
— afcstuff (@afcstuff) September 7, 2025
Dalam sejarah pasukan Arsenal, pasukan tersebut tidak pernah menjuarai UCL. Skuad Mikel Arteta, berbelanja besar sekali lagi musim ini. Mereka mendapatkan nama nama besar seperti Gyokeres, Eze, Zubimendi dan Madueke untuk memperkuatkan pasukan.