Kylian MbappΓ© sekali lagi menjadi tumpuan utama Piala Dunia 2026 apabila penyerang Perancis itu kini berada di ambang mencipta satu lagi sejarah besar dalam kariernya di pentas dunia.
Selepas aksi cemerlang dalam peringkat kalah mati, MbappΓ© kini hanya selangkah lagi untuk mencatat rekod yang bakal mengukuhkan lagi statusnya sebagai salah seorang pemain terhebat dalam sejarah kejohanan ini.
Bintang Real Madrid itu sedang memburu satu rekod yang sangat eksklusif β dan setiap perlawanan yang dimainkan Perancis kini semakin mendekatkannya kepada pencapaian bersejarah tersebut.
Mesin gol yang tak berhenti
Di usia yang masih berada di kemuncak prestasi, Mbappe terus menunjukkan ketajaman luar biasa di hadapan gol.
Setiap sentuhan di kawasan berbahaya kini dianggap ancaman, dan dia bukan sahaja menjadi nadi utama Perancis, malah juga calon utama Kasut Emas kejohanan.
Dengan prestasi konsisten sepanjang kempen, Mbappe kini bukan sekadar pemburu trofi β tetapi juga pemburu rekod dunia untuk gol terbanyak sepanjang zaman Piala Dunia.
Pakar kalah mati
Satu lagi rekod luar biasa Mbappe adalah sentuhan golnya di peringkat kalah mati.
Pada 2022, dia mencetak hatrik di final. Itu sudah cukup menggambarkan bahawa Mbappe adalah mesin gol yang luar biasa di peringkat kalah yang yang sangat penting.
Dengan dua lagi gol dihasilkannya menentang Sweden, Mbappe kini sudah mengumpul 9 gol kalah mati Piala Dunia mengatasi rekod Ronaldo Fenomeno dan Leonidas dengan 8 gol.
Dia turut meninggalkan rekod legenda Perancis, Just Fontaine yang mencetak 7 gol di kalah mati.
π¨ ππ π πππππ: ππππππ ππππππ πππ πππ ππππππ πππ ππππ πππππ πππ πππππ-πππ πππππ πππππ ππππ π₯π
He has just scored his 9th goal in World Cup knock-out matches, surpassing both LeΓ΄nidas and Ronaldo.
Most World Cup⦠pic.twitter.com/2AtqOPe8WH
— 433 (@433) June 30, 2026
Himpit Lionel Messi
Mbappe kini bukan sahaja bersaing dengan Messi untuk jumlah gol edisi Piala Dunia 2026, namun turut menghimpit pemain itu untuk jumlah gol sepanjang zaman di Piala Dunia.
Selepas Messi melakukannya pada edisi 2026, Mbappe menjadi pemain kedua memintas rekod Miroslav Klose di edisi yang sama.
Sebelum kejohanan Klose menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman di Piala Dunia. Dan kini Klose berada di tangga ketiga di belakang Messi dan Mbappe.
π¨π£ KYLIAN MBAPPΓ π«π· REVIENT Γ 1 BUTS DE MESSI π¦π· !!!! ππ±
1οΈβ£π¦π· Messi : 19 β½οΈ en 29 matchs
2οΈβ£π«π· MbappΓ© : 18 β½οΈ en 18 matchs
3οΈβ£π©πͺ Klose : 16 β½οΈ en 24 matchs
4οΈβ£π§π· R9 : 15 β½οΈ en 19 matchs
5οΈβ£π©πͺ Gerd MΓΌller : 14 β½οΈ en 13 matchs
6οΈβ£π«π· Fontaine : 13 β½οΈ en 6 matchs
7οΈβ£π§π· PelΓ© : 12 β½οΈβ¦ pic.twitter.com/PU4iSoCyCu— BeFootball (@_BeFootball) June 30, 2026
Jurang yang semakin mengecil membuatkan perbandingan antara dua bintang era moden ini kembali hangat diperkatakan β siapa sebenarnya yang akan menamatkan Piala Dunia 2026 sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman?
Jika Mbappe terus berada di landasan ini, tidak mustahil rekod itu akan bertukar tangan sebelum kejohanan berakhir.
Dan tak lupa siapa bakal mememanangi kasut emas edisi 2026?
Mbappe terus jadi nadi Perancis
Pemilihan Mbappe sebagai kapten oleh Deschamps beberapa tahun lalu ternyata pilihan tepat, walaupun ada kritikan ke atasnya. Ini termasuk rungutan terbuka dibuat Griezmann masa itu yang merasakan dia paling layak berdasarkan senioriti.
Sejak menjadi kapten Perancis, Mbappe terus menjadi tunjang pasukan negaranya. Dengan ketika ini, Mbappe sudah berusia 27 tahun, dia pula memipin generasi baharu yang berbakat.
Setiap kali Mbappe berada di atas padang, peminat Perancis yakin mereka mampu menumbangkan sesiapa sahaja.