Media Indonesia masih lagi tidak berpuas hati dengan status beberapa pemain warisan Malaysia.
Baru-baru ini, Facundo Garces menjadi perhatian mereka ekoran satu temuramah bersama portal Sepanyol, El Correo yang membincangkan mengenai kaitan pemain itu dengan Malaysia.
Baca Juga:
- Facundo Garces Tidak Menyesal Pilih Malaysia Berbanding Argentina

- Peter Cklamovski Penat Dengan ‘Tuduhan’ Ke Atas Pemain Warisan

- Perbezaan Pemain Warisan Malaysia Dan Garuda Menurut Media Indonesia

Media negara seberang menulis Garces mewakili Malaysia menerusi moyangnya dan ini jelas melanggar peraturan yang telah ditetapkan FIFA.
Rent-free. pic.twitter.com/z4VHTVKpJ2
— Lee Seng Foo🇲🇾李成富 (@sengfoo88) August 19, 2025
Akan tetapi, Garces kemudiannya menulis ada kesilapan transkripsi dalam laman web El Correo dimana pemain itu menyatakan mempunyai pertalian dengan Malaysia menerusi datuk nenek.

Media Indonesia Masih Bitter Dengan Malaysia
Ini bukan kali pertama media Indonesia mengulas mengenai pemain warisan Malaysia dimana sebelum ini mereka pernah membuat tuduhan berat terhadap skuad Harimau Malaya.
Salah satu media iaitu TV One News pernah membuat laporan bahawa FIFA bakal mengenakan hukuman terhadap Malaysia ekoran skandal pemain warisan.

“Terdapat laporan yang mana FIFA dan AFC sedang menyiasat proses yang dilakukan oleh Malaysia dalam mengambil pemain warisan.
“Paling menjadi perhatian ialah pemain pertahanan iaitu Facundo Garces. Beliau beraksi ketika Malaysia menewaskan Vietnam dalam kelayakan Piala Asia 2027.

“Ramai yang mempertanyakan hubungan Garces dengan Malaysia. Beliau disebut tidak memiliki kaitan langsung dengan Malaysia dan tiada bukti sah mengenai perkara itu sehingga kini,” tulis media Indonesia itu.