Pegawai polis yang juga pengiring Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengaku bersalah atas dakwaan menyerang pemandu e-hailing orang kurang upaya.

Memetik Malaysiakini, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mendenda Muhammad Taufik Ismail RM1,00 kerana menyebabkan kecederaan terhadap Ong Ing Keong, 47, seorang pemandu pekak sekitar jam 11.40 pagi di hadapan lobi Hotel St Regis di Kuala Lumpur pada 28 Mei lalu.

Baca Juga:

Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun, denda tidak lebih RM2,000, atau kedua-duanya sekali.

Memetik laporan itu lagi, Semasa prosiding mahkamah terbuka hari ini, Taufik memohon maaf melalui peguamnya A Ashok.

Terdahulu, polis sudah memanggil kesemua pegawai pengiring yang terlibat insiden terbabit ke Bukit Aman.

Ong Ing Keong dilaporkan telah membuat dua laporan pada hari sama; menyatakan dia ditumbuk di kepala ketika diarahkan untuk mengalihkan kenderaannya dan laporan untuk menarik balik laporan awal dibuat.

Sumber