Bekas CEO Astronomer, Andy Byron boleh mengambil tindakan saman terhadap band terkemuka dari UK iaitu Coldplay.

Byron tular baru-baru ini selepas beliau memeluk skandalnya iaitu Kristin Cabot dan tindakan mereka terekam kamera ketika konsert Coldplay di Stadium Gillette.

Baca Juga:

Andy Byron Salahkan Chris Martin

Wakil undang-undang memberitahu  Page Six bahawa Bryon menyalahkan vokalis Coldplay, Chris Martin terutamanya untuk kenyataannya di atas pentas yang mengatakan mereka mungkin “menjalin hubungan sulit.”

coldplay
Sumber Gambar: TikTok @instaagraace

Selepas kejadian itu, Isteri Bryon, Megan Kerrigan Byron, kemudian mengeluarkan nama keluarganya daripada profil Facebook, seterusnya meningkatkan minat orang ramai.

Sejak itu, kedua-dua Byron dan Cabot telah meletak jawatan daripada Astronomer.

Syarikat itu telah meletakkan mereka dalam cuti pentadbiran sementara menunggu siasatan dalaman sejurus selepas insiden kiss cam tular dalam talian.

Andy Byron
Coldplay

Camron Dowlatshahi, seorang peguam di MSD Lawyers, memberitahu Page Six bahawa Byron secara teorinya boleh menuntut fitnah.

Bagaimanapun, beliau percaya kes sedemikian dianggap sebagai satu kes yang lemah.

“Tiada satu pun daripada elemen itu akan dipenuhi, jadi sebarang tuntutan terhadap Coldplay akan menjadi remeh,” katanya.