Baru-baru ini, kisah ‘abang Tesla’ menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen apabila dia iaitu seorang influencer terkenal di TikTok membuat ‘kejutan’ memuat naik sebuah video bernikah buat kali kedua.
Terbaharu, sebuah video memaparkan kesetiaan seorang lelaki warga emas berada di samping isteri yang sedang terbaring di atas katil hospital pula telah tular di TikTok.
Baca Juga:
- Akui Diri Sendiri Jadi Punca, Abang Tesla Mohon Maaf Kepada Kaum Lelaki Yang Jadi Mangsa Bebelan Isteri
- Hidung Nampak Mancung, Wajah Diana Danielle Yang Terlihat Berbeza Jadi Bualan Netizen
- Kelihatan Makin Kurus Dan Cengkung, Penampilan Terkini Mamat Exists Timbul Pelbagai Persepsi Netizen
@_lynnmj_ Pakcik & makcik ni takda anak…tapi setiap masa ada pakcik ada dengan wife die..😌😌setiap kali habis waktu melawat mesti salam & cium wife die.. ‘nanti abang datang lagi sayang’… sweettt sangat🥰🥰 sayang hingga akhir waktu😇😇 fyp kasihsampaisyurga
Menerusi video itu, pakcik tersebut dikatakan sentiasa menemai isterinya yang kurang sihat di hospital dan selalu memberi kata-kata semangat sebelum pulang kerana waktu melawat sudah habis.
Difahamkan, pasangan warga emas tersebut tidak mempunyai cahaya mata sendiri tetapi tetap bahagia bersama walaupun diuji.
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen menzahirkan rasa gembira melihat hubungan pasangan terbabit walaupun tidak memiliki cahaya mata.
Bukan itu sahaja, para netizen turut mendoakan kesihatan pasangan warga emas tersebut dan berharap kasih sayang mereka akan berkekalan. Segelintir netizen juga mengatakan ‘abang Tesla’ sepatutnya belajar daripada pasangan ini kerana miliki cahaya mata bukanlah satu-satunya kebahagiaan.