Kecoh di media sosial pada Sabtu lalu apabila seorang influencer terkenal di TikTok membuat ‘kejutan’ memuat naik sebuah video bernikah buat kali kedua.

Lebih mendapat perhatian para netizen, influencer yang dikenali sebagai Abang Tesla ini turut memaparkan video kesedihan isteri pertama yang menangis sebelum melangsungkan pernikahan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkongsian beliau telah mendapat pelbagai respon khususnya di kalangan kaum hawa yang berang dengan tindakannya untuk berpoligami.

Sementara itu, di TikTok pula rancak dengan pelbagai video parodi perkongsian para lelaki yang memaklumkan telah menjadi ‘mangsa’ leteran atau bebelan isteri berikutan tindakan Abang Tesla.

Sehubungan dengan itu, Abang Tesla menerusi perkongsian video terbaru tampil dengan video permohonan maaf secara terbuka kepada semua kaum lelaki yang terpaksa menjadi mangsa bebelan kaum hawa.

Permohonan maaf itu dibuat selepas dikatakan beliau menjadi punca bebelan berlaku. Malah, terdapat kaum lelaki yang memaklumkan tidak dapat keluar rumah gara-gara beliau.

Sumber: Instagram @abg.tesla
Sumber: Instagram @abg.tesla

Perkongsian video terbaharu beliau sekali lagi mendapat perhatian netizen yang berharap beliau tidak melakukannya demi konten. Tidak kurang juga yang memaklumkan jelek dengan konten yang dipamerkan Abang Tesla.

Walau bagaimanapun, Abang Tesla sebelum ini turut memaklumkan beliau berpoligami dengan cara yang sah serta telah mendapat keredhaan isteri pertama terlebih dahulu sebelum bernikah.