Kecoh di media sosial sejak minggu lalu apabila seorang influencer di TikTok yang popular dengan Abang Tesla memuat naik sebuah video memaparkan isteri menangis sebelum bernikah dengan isteri kedua.

Isu ini menjadi lebih panas apabila influencer berusia akhir 20-an ini turut meninggalkan komen berkahwin untuk mendapatkan zuriat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Terbaharu, Abang Tesla bersama isteri pertama yang tampil menerusi Gempak berkongsi pengalaman berkenalan dengan isteri kedua iaitu Nursyafiqa Mohd Hanafi.

@astrogempak

@Gempak Sebelum video Abang Tesla yang viral baru-baru ni, beliau jelaskan bahawa… Saksikan di Gempak Most Wanted 🗓️ Rabu (30 Ogos 2023) ⏰ 11 malam 📺 Astro Ria dan Astro GO 📱 Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted Astro Baharu. Tak Macam Dulu! Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 #GempakMostWanted #GempakMostWanted2023 #GempakMostWantedShow #MotifTrending #AstroBaharu

♬ original sound – ABG.TESLA – ABG.TESLA

Menurut Abang Tesla, beliau membuat keputusan untuk bernikah dengan Syafiqa selepas beberapa bulan berkenalan. Beliau memaklumkan berkenalan dengan wanita itu menerusi platform media sosial selama 6 bulan sebelum menikah pertengahan bulan Ogos.

“Kami berkenalan melalui Insta Story, dia hantar lagu pada saya. Kami kenal begitulah,” ulas Abang Tesla.

Dalam pada itu, Abang Tesla turut memaklumkan perkahwinan beliau direstui seluruh keluarga.

Abang Tesla turut memaklumkan turut belajar secara mendalam sebelum mengambil keputusan untuk berpoligami tentang bagaimana cara untuk lebih menghargai isteri.

Sementara itu, beliau turut berharap orang ramai dapat berdoa agar hubungan mereka dipermudah dan baik-baik sahaja.