Kecoh sejak tiga minggu lalu apabila seorang influencer popular di TikTok @abg.tesla memuat naik sebuah video berpelukan dengan isteri pertama yang menangis sebelum beliau bernikah dengan isteri kedua.

Melabelkan isteri pertama untuk dicintai, isteri kedua untuk dihargai telah mendapat kecaman dan pelbagai respon di kalangan termasuk daripada Ustaz Azhar Idrus sendiri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Terbaharu, selepas panas pelbagai perkongsian dibuat Abang Tesla oleh pelbagai pihak, beliau menerusi Instagram tampil memuat naik sebuah perkongsian ringkas memaklumkan beliau bakal menunaikan umrah serta tour ke Turki.

Perkongsian yang dibuat menampilkan dirinya serta kedua-dua isterinya itu sekali lagi telah mendapat pelbagai komen daripada para netizen yang tampil mengulas mengenai hubungan rumah tangga serta rupa paras keluarga ini.

Sumber: Instagram @abg.tesla
Sumber: Instagram @abg.tesla
Sumber: Instagram @abg.tesla

Terdapat netizen yang membandingkan rupa paras isteri pertama dan isteri kedua manakala terdapat juga netizen yang mendoakan agar rumah tangga Abang Tesla kekal bahagia selepas beliau memaklumkan telah mendapat keredhaan isteri.

Didoakan semoga rumah tangga Abang Tesla serta isteri-isterinya dipermudah dan dalam keadaan bahagia serta mendapat Umrah yang diberkati menerusi usaha yang dijalankan.