Influencer yang bergelar Abang Tesla dianggap baru sahaja melakukan ‘comeback’ ke atas pihak yang mendakwa ‘shaking’ melihat dia berpoligami sebelum ini.

Di TikTok, seorang gadis muda telah memberikan komen pedas menyatakan tangannya menggigil ‘shaking’ ketika mendapat tahu berita orang yang berpoligami.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dia ketika itu mengulas tentang isu melibatkan Alif Teega.

@ohmedia

Kak tenang kak 😅 #ohmedia#sembangentertainment#mf

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

Dan kini, Abang Tesla mempersoalkan apakah reaksi pihak yang shaking tersebut apabila tiba ke seorang gigolo yang kini dijulang sebagai influencer.

Sedangkan orang yang berpoligami secara sah, pula dikecam teruk di media sosial.

Baru baru ini, Hot Daddy yang didakwa kerana melakukan aktiviti zina dan persundalan dengan kira kira 20 orang wanita. Di mana dia telah merakam aksi lucah dan menjualnya kepada pelanggan / subscribers.

Bayarang dikenakan sekitar RM35-RM100 mengikut ‘tier’ langganan. Membuatkan Hot Daddy menjana pendapatan sehingga RM120,000.

Hot Daddy kini bebas atas jaminan polis. Sementara dia menunggu semula sebutan kesnya.

Dan beberapa hari selepas dibebaskan dengan ikat jamin, Hot Daddy tanpa segan silu telah memuat naik konten terbarunya di TikTok.

Apa yang mengejutkan pengguna di TikTok terutamanya generasi muda telah menjulang Hot Daddy sebagai wira mereka.

Lebih menarik apabila ramai yang memberikan gift kepada Hot Daddy adalah dari kalangan wanita.

Pada kemuncak siaran langsungnya Hot Daddy meraih lebih 4,000 tontonan. Dan tak segan silu mempromosi ubat kuatnya.

Ramai yang malu melihat komen daripada kaum hawa yang memberikan sokongan agar Hot Daddy bangkit kembali dengan lebih kuat.

Di TikTok Hot Daddy ramai menganggap dia sebagai sifu atau idola mereka.

Dan ramai juga tidak henti henti memberikan sokongan kepada Hot Daddy.

Mengulas tentang kes mahkamah yang sedang dilaluinya, Hot Daddy enggan mengulas lanjut lagi. Dia menulis:

“Saya enggan mengulas lanjut, biarlah mahkamah yang menentukan sama ada saya bersalah atau sebaliknya.

“The case has just begun, no need to be the judge on this just pray for the best on my side.

“Thank you,saya harap semua orang diberikan kerahmatan Allah swt dan doakan yang baik baik.”

Hot Daddy turut dijemput ke dalam segmen podcast. Membuatkan dia kini tak ubah seperti seorang selebriti.

Lantas Abang Tesla pun berkata: “Mana hari itu yang shaking? 20 orang yang tengah berlakon kau tak shaking, yang aku 2 orang korang shaking pulak. Mana pergi? Siap wish goodluck.

@abg.tesla

Ramai ke yang shaking ?? 🤣 #abgtesla

♬ original sound – ABG.TESLA – ABG.TESLA

“Aduhai, benda sekarang dah terbaliklah. Orang yang tak betul tu korang pergi angkat. Aku ni korang pergi tendang sampai nak jatuh ke gaung.”

Abang Tesla kemudian meminta Popcorn, kerana mahu menikmati drama netizen yang mempertikaikan poligami namun menyokong persundalan.

Netizen geli hati melihat konten Abang Tesla. Malah ada yang meminta seseorang tolong cakap kepada Rabyh (pengguna tiktok yang konten shaking) dan juga bini Caprice sekali.