Lionel Messi menunggu hampir tiga tahun untuk menjulang gelaran liga pertamanya di Amerika Syarikat.

Kini setelah bintang Argentina itu membantu Inter Miami meraih kejuaraan sulung kelab tersebut, beliau mengakui ia memang menjadi objektif utama mereka musim ini.

Baca Juga:

Messi juga dalam masa sama turut menghargai usaha seluruh pasukan bimbingan Javier Mascherano untuk mencapai kejayaan tersebut.

Penantian Piala Lionel Messi Berakhir

Inter Miami muncul juara MLS Cup selepas menewaskan Vancouver Whitecaps 3-1 pada aksi final yang berlangsung di Florida.

“Tiga tahun lalu, saya membuat keputusan untuk datang ke MLS dan hari ini kami adalah juara MLS,” ujar Messi menurut sumber laporan Goal.

“Kami mara ke separuh akhir Piala Juara-Juara CONCACAF. Tahun lalu, kami tersingkir awal dalam liga dan tewas pada pusingan pertama.”

“Tahun ini, memenangi MLS adalah salah satu objektif utama kami. Pasukan telah memberikan usaha yang luar biasa. Ia adalah tahun yang sangat panjang, dengan begitu banyak perlawanan dan kami berjaya menghadapinya sepanjang musim.”

“Ini adalah detik yang saya tunggu-tunggu dan yang kami sebagai sebuah pasukan, nanti-nantikan. Ia sangat indah untuk kami semua. Mereka memang layak menerimanya.”

Messi tampil cemerlang dalam perlawanan tersebut apabila terlibat dalam ketiga-tiga gol Inter Miami dan mencipta dua bantuan jaringan. Ini merupakan gelaran ke-48 dalam kariernya.

Sumber