Pengelola Liga Malaysia, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menerusi Unit Perlesenan Kelab mengesahkan sudah menerima dokumen dari TRW Kelantan seperti yang diminta sebelum ini.

Menurut MFL, dokumen yang diterima adalah mengenai bukti pembayaran tunggakan gaji oleh pihak pengurusan kepada pemain dan pegawai pasukan bermula bulan Ogos 2023.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“MFL mengesahkan Unit Pelesenan Kelab MFL telah menerima dokumen berkenaan pembayaran tunggakan gaji pemain dan pegawai TRW Kelantan semalam (30 November).

“Bagaimanapun segala dokumen berkenaan pembayaran melibatkan 30 pemain dan pegawai Kelantan FC itu kini dalam proses semakan oleh First Instance Body (FIB).

“Pengesahan pembayaran perlu dilakukan oleh FIB dengan semua pihak yang terlibat termasuk merujuk perkara itu dengan Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) sebelum membuat pengumuman dalam masa terdekat mengenai status permohonan Lesen Kebangsaan Kelantan bagi saingan Liga Super 2024-2025,” dipetik dari kenyataan yang dikeluarkan.

Sebelum ini, menafikan dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab, Ahmad Muzakkir Hamid yang mengatakan pihak pengurusan sudah menyelesaikan tunggakan gaji hampir 90 peratus.

Menurut perkongsian Berita Bola Kelantan di laman media sosial x, antara pemain Kelantan yang menafikan dakwaan tersebut ialah Hafizan Ghazali dan Fazrul Amir dimana kedua-dua pemain mendakwa masih belum menerima baki gaji sejak bulan Ogos.

Menurut Hafizan, 1 peratus dari tunggakan gaji masih belum diterimanya dan dakwaan ini bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Muzakkir Hamid baru-baru ini.

Dalam satu wawancara bersama Astro Arena, Muzakkir menyatakan kini pihaknya sudah 90 peratus dalam proses untuk menyelesaikan tunggakan gaji pemain. Ini bertepatan dengan permintaan dari First Instance Body (FIB) untuk memastikan pasukan itu memperoleh lesen bagi beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan.