Musim baharu Liga Malaysia 2024/2025 akan bermula pada 3-5 Mei 2024 sehingga April 2025 berikutan langkah penganjur liga, Malaysian Football League (MFL) menyelaraskan musim domestik dengan kalendar baharu Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

MFL terpaksa membuat beberapa perubahan pada tarikh permulaan Liga Super sebelum ini iaitu pertengahan April 2024, selepas mengambil kira beberapa faktor.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Khususnya berkaitan penglibatan pemain bersama skuad senior kebangsaan, skuad bawah 23 tahun kebangsaan (B23), penyertaan Piala AFC 2023, persiapan pramusim di bulan Ramadan dan Hari Raya sambutan Aidilfitri.

Selepas tamat musim Liga Malaysia pada 17 Disember 2023, pemain Harimau Malaya juga akan melaporkan diri ke kem latihan pusat pada 26 Disember 2023 sebelum menuju ke Piala Asia 2023 di Doha, Qatar dari 12 Januari 2024 hingga 10 Februari 2024.

Sementara itu, pada 21 dan 26 Mac 2024, skuad Harimau Malaya akan menentang Oman di Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Perubahan kepada rancangan asal Liga Malaysia untuk dimulakan juga perlu dilakukan oleh MFL berikutan pengumuman AFC mengenai tarikh Kejohanan AFC B-23 2024 hanya dibuat pada 17 Mei 2023.

Selain itu, Sabah FC juga akan meneruskan kempen separuh akhir Piala AFC Zon Asean pada 13 atau 14 Februari 2024 serta penglibatan pemain muda dari kelab Liga Malaysia bersama kebangsaan Skuad B-23 dalam pusingan akhir Kejohanan AFC B-23 di Doha, Qatar bermula pada 15 April sehingga
3 Mei 2024.

Dengan beberapa tugasan antarabangsa pada awal tahun ini, khususnya melibatkan
skuad Harimau Malaya dan skuad B-23, MFL turut mengambil kira kekangan masa
pasukan dalam membuat persiapan menjelang musim baharu Liga Malaysia 2024/2025 berikutan sambutan Ramadan dari awal Mac 2024 dan perayaan Aidilfitri dijangka pada 10 atau
11 April 2024.

Oleh itu, dengan mengambil kira semua faktor ini, MFL percaya bahawa tarikh ini adalah sesuai untuk memulakan musim Liga Malaysia 2024/2025.

Tambahan pula, Piala MFL akan bermula pada 13 Mei 2024 manakala tarikh pendaftaran pemain untuk jendela perpindahan MFL 2024/2025 akan bermula dari 3 Februari hingga 26 April 2024.