Semalam kecoh di seluruh Malaysia apabila pasangan influencer telah direman kerana disyaki menyeleweng derma yang diberikan oleh orang ramai.

Susulan kes itu dilihat turut menarik perhatian oleh pengarah terkenal, Michael Ang yang mana memberi respons pedas melalui hantaran di Instagram dengan meluahkan ketidak puasan hati terhadap sikap influncer terbabit yang sanggup menjadi penipu.

Influencer pun scammer derma? Guys i rasa semua scammer ni kena dihentikan. And cara untuk hentikan ada satu je cara. Iaitu diri kita, kita tak boleh nak percaya pada derma-derma influencers, individual and especially yang menggunakan agama laa,” katanya lagi.

Tambah Michael lagi, budaya memberi sumbangan duit derma kepada golongan influencers yang meletakkan diri mereka sebagai orang tengah perlu dihentikan sama sekali.

Dalam pada itu, dia juga berpendapat lebih baik sekiranya orang ramai membantu dan mendahulukan ahli keluarga sebelum menghulurkan sumbangan kepada pihak yang tidak dikenali.

“Lebih baik kita derma dan tolong orang terdekat dengan kita dan kaum keluarga. Yang berkaitan keluarga dulu sebelum nak tolong orang lain,” nasihatnya kepada orang ramai.

Hantaran Michael Ang telah menerima pelbagai reaksi yang mana rata-ratanya bagaimanapun bersetuju bahawa budaya memberi sedekah kepada influencer sepatutnya dihentikan dan lebih mengutamakan keluarga terdekat yang lebih memerlukan.

Sumber