Mikel Arteta melaungkan amaran kepada pemain pemain pertahanan terutama sekali di Liga Perdana Inggeris yang bakal berdepan Viktor Gyokeres selepas ini.

Gyokeres mencetak gol sulungnya pada aksi tidak kompetitif, aksi pra musim menentang Athletic semalam.

Di mana pemain tersebut menggunakan ruang yang diberikan kepadanya untuk menyambar bola dengan menanduk masuk hantaran seorang lagi pembelian baharu Arsenal, Zubimendi.

Gyokeres akan hancurkan kamu – Arteta

Arteta berkata: “Itu memang sifat semulajadinya [menjaringkan gol].

“Saya rasa, semua perkara yang dia lakukan, pergerakannya, cara dia berlari, cara dia meramalkan langkah seterusnya, di mana ruang boleh tercipta dan di mana bola akan tiba, itu semua naluri yang ada pada dirinya.

“Itulah sebabnya kenapa dia menjaringkan sangat banyak gol dalam beberapa musim terakhir ini. Jadi, ini semua bukan kebetulan, namun ianya kerana keupayaan dan dia berterusan mencari gol.

“Apabila kamu membiarkan dia dengan ruang dalam kedudukan satu lawan satu, dia [Gyokeres] akan menghancurkan kamu.”

Gyokeres adalah pembelian penting Arsenal dalam usaha mereka mahu menamatkan kemarau kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan juga dalam impian mereka mahu menjulang UCL pertama kelab itu.

Dalam masa beberapa musim terakhir ini, pundit dan peminat kerap menganggap Arsenal gagal memenangi liga kerana tidak memiliki no.9 yang benar benar prolifik berbanding dengan lawan mereka.

Gyokeres antara penyerang yang sangat prolifik di Eropah dalam beberapa musim terakhir ini. Dia menjadi rebutan banyak kelab besar lain dan memilih untuk menyertai Arsenal.