Pengurus Arsenal, Mikel Arteta tanpa berselindung mengakui skuad kendaliannya memang tidak layak untuk mencapai kemenangan ketika aksi menentang Fulham, malam tadi.

The Gunners terus dirundung malang selepas mengalami kekalahan kedua berturut-turut dan turut gagal meraih sebarang kemenangan pada tiga aksi terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) 2023/24.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bermula dengan seri 1-1 menentang Liverpool, Arsenal kemudiannya tewas 0-2 di tangan West Ham United dan kemudiannya kecundang pula kepada Fulham 1-2.

Keciciran mata demi mata itu juga menyaksikan Arsenal yang terikat 40 mata bersama Manchester City ketinggalan dua mata di belakang pendahulu, Liverpool. Bagaimanapun, The Cityzens dan skuad kendalian Jurgen Klopp itu masih kekurangan satu perlawanan.

“Ia adalah kekalahan yang menyakitkan dan hari yang sangat menyedihkan,” ujar Arteta menurut kenyataannya di laman sesawang rasmi Arsenal.

“Tiga hari lalu kami kalah dalam perlawanan yang kami layak untuk menang tetapi hari ini terasa berbeza. Kami tidak berada di tahap yang hampir sama dan kami tidak layak untuk memenangi perlawananan.”

“Dalam liga ini anda perlu bermain pada tahap yang sangat tinggi selama 100 minit dan kami tidak melakukannya hari ini [bertemu Fulham].”

“Saya tidak suka mencari alasan terutamanya apabila kami kalah. Kami boleh bermain lebih baik daripada yang kami lakukan dan kami belum melakukannya.”

“Itulah sebabnya kami kalah dalam perlawanan itu,” tambah Mikel Arteta lagi.

Arsenal akan menanti kunjungan Liverpool pada 8 Januari ini dalam saingan Piala FA dan kemudiannya akan bertemu Crystal Palace dalam aksi liga pada 20 Januari.

Sumber