Terbaharu, sebuah video yang memaparkan kereta jenis Mini Cooper terbakar di tepi highway telah tular di media sosial.

Difahamkan, kereta itu merupakan milik pelakon Erysha Emyra dan dalam satu laporan, Erysha yang juga merupakan anak kepada pelakon Datin Seri Noniswara Baharudin memaklumkan kejadian cemas itu berlaku ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Erysha menzahirkan rasa syukur apabila dia sempat keluar dari kereta dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Namun, dia sedih kerana kereta miliknya tidak dapat diselamatkan dan kenderaan itu sudah hangus terbakar sepenuhnya sebaik sahaja pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

“Ketika bomba tiba kereta saya sudah hangus terbakar. Selamat tinggal kepada rakan biru saya. Terima kasih atas ‘jasa’ anda selama ini,” katanya.