Dua perlumbaan penting bakal menanti dua pelumba remaja negara iaitu Hakim Danish Ramli dan Qabil Irfan Azlan pada hujung minggu ini.
Hakim Danish akan mengharungi pusingan akhir Red Bull MotoGP Rookies Cup di Misano manakala Qabil Irfan terbang ke Portugal untuk menghadapi Espana Superbike Championship Round 6 di Estoril.
Baca Juga:
- Qabil Irfan Cipta Sensasi Muncul Juara Dunia FIM MiniGP 2023

- Bukan Lagi Mr P2, Hakim Danish Ramli Muncul Juara Perlumbaan 2 Di Litar Aragon

- Lima Pelumba Bakal Wakili Malaysia Dalam FIM MiniGP World Series Final 2023

Ia bukan sekadar perlumbaan biasa kerana menariknya, kedua-dua pelumba negara itu sedang memburu pungutan mata kejuaraan.
Misi Besar Hakim Danish & Qabil Irfan

Hakim Danish kini ketinggalan 26 mata daripada pendahulu, namun segalanya masih terbuat buatnya kerana masih ada 50 mata maksimum yang menjadi rebutan minggu ini.
Sementara itu, Qabil Irfan yang kini mendahului saingan dengan kelebihan 32 mata dijangka menghadapi tentangan sengit daripada pencabar terdekat, Alessio Arnold dan Enzo Zaragoza.
“Tiga minggu berada di Malaysia, saya berlatih dengan baik, menunggang motosikal, berbasikal, berlari dan juga di gym.”
“Semestinya saya lebih bersemangat untuk menghadapi pusingan akhir. Sekarang saya berada di kedudukan ke-3 dalam carta keseluruhan dan masih berpeluang untuk mengejar tempat pertama.”
“Apa yang ada dalam fikiran saya sekarang hanyalah untuk memenangi kedua-dua perlumbaan,” ujar Hakim Danish.

Dalam pada itu, Qabil Irfan dilihat cukup bersedia untuk tampil cemerlang pada perlumbaan di Estoril nanti.
“Saya berada di Barcelona untuk latihan intensif bersama Riders Formation dan kini saya benar-benar bersedia untuk memulakan minggu perlumbaan.”
“Saya berharap semuanya berjalan lancar dan saya akan berusaha sebaik mungkin untuk mengekalkan kedudukan dalam ‘championship’ minggu ini.”