Manchester United bangkit daripada ketinggalan di Selhurst Park. Biarpun ketinggalan di babak pertama, Manchester United bangkit secara dramatik untuk menundukkan Crystal Palace 2-1.
Sekaligus memberikan kekalahan pertama buat Palace di tempat sendiri sejak Februari 2025.
Crystal Palace bimbingan Oliver Glasner mengawal separuh masa pertama dengan baik. Gol awal datang melalui penalti yang disempurnakan oleh Jean‑Philippe Mateta
Pada minit ke-54, Joshua Zirkzee menyamakan kedudukan dengan penyudah rendah daripada sudut sukar, hasil umpanan cepat dari Bruno Fernandes.
Kemudian, pada minit ke-63, Mason Mount memastikan kemenangan United dengan menyempurnakan rutin sepakan percuma oleh Bruno Fernandes.
Bruno Fernandes menolak bola kepada Mount yang terus merembat deras menewaskan Dean Henderson untuk gol pertamanya musim ini.
United berjaya memastikan kemenangan 2-1 milik mereka. Ini bukan sahaja menamatkan rekod tanpa kalah Palace di gelanggang sendiri sejak Februari, ia juga malah memecahkan penantian lima tahun United untuk menang di Selhurst Park.
Bercakap kepada wartawan, Mason Mount berkata: “Kami tidak ada perlawanan muda di tempat lawan musim ini. Namun hari ini adalah tentang cara kami memberikan respon pada separuh masa kedua. Dan saya rasa kami melakukan tugas dengan baik.”
Oliver Glasner akui kekalahan ini sukar diterima kerana kedua dua gol United adalah daripada setpis.
Beliau berkata: “Sukar menerima kekalahan ini. Apabila kamu kalah kerana 2 setpis. Jadi, 3 daripada 4 bolos terakhir kami adalah daripada setpis, 3 sepakan percuma.
“Tambahan, kami hari ini tidak cukup tajam. Kami tidak bermaya kerana jadual yang padat. Sepertinya kami tidak berhak menerima keadaan ini, ianya sakit.”