Saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) Divisyen 2 2024 bermula pada Sabtu dan Ahad lalu menyaksikan tiga pasukan pilihan bermula dengan cukup garang.

Tiga pasukan dimaksudkan ialah Kedah, Kelantan dan Malaysian University yang mencatatkan kemenangan pada dua perlawanan awal.

Baca Juga:

Paling mencuri tumpuan pastinya Kedah yang cemerlang dengan kemenangan besar 7-0 ke atas Nilai City SC dan 5-1 menundukkan Canaan FC.

Nattawat Luksanato. Kredit Foto: Persatuan Bola Sepak Kedah

Pemain import Kedah kelahiran Thailand, Nattawat Luksanato membuktikan kemampuan hebat dimilikinya apabila meledakkan hatrik pada kedua-dua perlawanan tersebut.

Kelantan juga tidak kurang hebatnya dengan kemenangan 4-1 keatas ATM dan kemudiannya menewaskan Pulau Pinang 6-2 untuk meletakkan mereka ditangga kedua, hanya kekurangan perbezaan jaringan berbanding Kedah.

Kredit Foto: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Malaysian University yang dibimbing jurulatih berpengalaman, Addy Sairullyzam Mohd Shafiee turut bermula baik dengan dua kemenangan bertemu PJ Champz FC 4-2 dan ATM 4-0.

Saingan MPFL Divisyen 2 adalah julung kali dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dimana ia berlangsung secara karnival melibatkan penyertaan 12 pasukan.

Malaysian University. Kredit Foto: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Ia merupakan langkah positif diambil dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain berkualiti serta dapat meningkatkan nilai komersial saingan MPFL.

Berikut merupakan senarai penuh pasukan yang bertanding dalam kempen MPFL Divisyen 2 2024 mengikut turutan kedudukan selepas tamat dua perlawanan awal :

1) Kedah

2) Kelantan

3) Malaysian University

4) Melaka

5) Nilai City SC

6) PFA Odin Sarawak

7) PJ Champz FC

8) Kuala Lumpur

9) Pulau Pinang

10) Canaan FC

11) Negeri Sembilan United FC

12) ATM