Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor telah melancarkan tabung khas bagi membantu skuad Selangor FC yang didenda ekoran keputusan menarik diri pada aksi sulung Liga Super 2024/25 (Piala Sumbangsih) bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) tempoh hari.
Seperti diumumkan kelmarin, Malaysian Football League (MFL) telah menghukum Selangor dengan denda sebanyak RM100 ribu, pemotongan tiga mata dan perlawanan menentang JDT di Stadium MBPJ akan dilangsungkan tanpa penonton.
Baca Juga:
- Altimet Sedia Bantu Bayar Hukuman Denda Selangor FC
- Sultan Selangor Murka, Amat Kecewa Dengan Keputusan MFL Dan FAM
- Ini Sebab Aksi Selangor Menentang JDT Diadakan Tanpa Penonton
Keputusan yang nyata mendapat kritikan hebat para peminat sepak tempatan terutamanya berkenaan keputusan melibatkan hukuman bermain tanpa penyokong ketika menentang JDT.
Malah Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah Alhaj turut menzahirkan rasa amat kecewa dan sangat dukacita dengan keputusan keputusan.
Baginda dalam pada itu turut menganggap Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin sebagai tidak serius dalam bersuara.
Tidak mahu skuad Gergasi Merah itu bersendirian menghadapi MSN mengambil inisiatif dalam melancarkan Tabung Solidariti Bersama Selangor FC.
“Sumbangan tersebut akan disalurkan kepada Selangor FC bagi menuntut keadilan terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh pihak MFL. Sumbang RM1.00 tanda solidariti!’’ kenyataan ringkas MSN Selangor.
Selangor memilih untuk menarik diri pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu atas faktor keselamatan ekoran insiden yang menimpa Faisal Halim selepas beliau menjadi mangsa simbahan asid di salah sebuah kompleks membeli belah di Lembah Klang.