Tidak sampai setahun sejak menawarkan penerbangan pertama buat para penumpang, syarikat penerbangan yang pada mulanya mahu menjadi pencabar kepada Malaysia Airlines dan AirAsia akhirnya terpaksa menggantung operasi serta-merta bermula hari ini.
Menurut pengumuman yang dibuat oleh pihak MYAirline di Facebook, syarikat ini mereka telah mengalami tekanan kewangan yang ekstrim membuatkan mereka tidak lagi dapat beroperasi pada ketika ini. Selain itu, mereka sedang dalam proses menstuktur semula perkhidmatan penerbangan tersebut.
Baca Juga:
- Sudah Mula Beroperasi, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Menaiki Penerbangan MYAirline
- Tony Fernandes Sedia Berunding Untuk Santan Jadi Solusi Isu Katering Malaysia Airlines
Walau bagaimanapun, tiada sebarang tarikh dikongsikan bilakah syarikat ini sedia untuk beroperasi semula.
Sehubungan dengan itu, para penumpang yang sudah membuat tempahan untuk membuat pembatalan penerbangan menerusi emel rasmi MYAirline.
Para penumpang juga disarankan agar membuat mencari altenatif penerbangan atau pengangkutan yang lain dalam memastikan urusan untuk ke sesebuah destinasi tidak terjejas.
Pengumuman MYAirline yang dibuat pada pagi ini nyata mengejutkan ramai memandangkan syarikat penerbangan ini belum sempat setahun beroperasi secara rasmi.
Menerusi tinjauan perkongsian MYAirline di Facebook, pihak syarikat ini telah menutup ruangan komen di laman Facebook mereka manakala perkongsian terbaru mereka telah meraih lebih 4,000 shares dalam tempoh 3 jam.
Tidak kurang juga para pelanggan MYAirline yang tampil meluahkan rasa kecewa terpaksa membatalkan penerbangan mereka serta terpaksa mencari altenatif lain.