Sebuah lagi syarikat penerbangan sedia memasuki industri apabila dilaporkan MyAirline membuka jualan tiket penerbangan bermula hari ini.
Pembukaan jualan tiket MyAirline ini bakal menyaksikan syarikat ini sedia menawarkan penerbangan pertama mereka buat para penumpang seawal 1 Disember ini.
Untuk pengetahuan, MyAirline merupakan syarikat penerbangan tambang murah kedua negara serta baru sahaja mendapat pengesahan daripada Malaysian Aviation Comission (Maycom) untuk menawarkan servis tambang murah mereka.
Berdasarkan hasil semakan, tiket penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Langkawi hanyalah serendah RM48 untuk satu hala manakala penerbangan Kuala Lumpur ke Kuching pula serendah RM68 sahaja bagi satu hala.
Anda yang berminat untuk mencuba atau merasai pengalaman baharu MyAirline boleh layari laman rasmi mereka untuk membuat tempahan bagi penerbangan seawal 1 Disember ini.