Nabila Razali mengakui dia masih tak berkesempatan lagi untuk masak untuk suaminya. Ini kerana mereka masih begitu sibuk berpindah ke rumah baharu mereka.

Nabila Razali berkahwin dengan Nik Iruwan pada 18 November lalu. Menyatakan bahawa kini dia agak terkilan kerana dia merancang untuk memasak sambal jawa buat sang suami.

Baca Juga:

Namun hasrat itu buat masa ini masih tertangguh dahulu. Kerana banyak urusan lain yang harus mereka selesaikan.

Selain itu, penyanyi dan pelakon itu juga menegaskan bahawa dia tidak mengambil cuti panjang selepas berkahwin.

Dia terus menyambung kerjanya seperti biasa. Itulah sebabnya Nabila Razali masih belum sempat masak untuk suami yang disayanginya.

Dia turut mengakui agak gementar untuk memasak buat suami. Kerana dia tak pernah masak untuk orang lain sebelum ini.

Bercakap kepada BH Online, Nabila Razali berkata: “Saya rancang masak sambal jawa untuk suami.”

“Sebelum ini, saya tak pernah masak untuk orang, jadi agak berdebar juga kali kali pertama sediakan hidangan buat suami,” katanya.

Dalam wawancara yang sama dengan wartawan, Nabila Razali mengakui dia masih dalam proses menyesuaikan diri dengan status baharunya sebagai isteri orang.

Dia akui terkejut ketika ada peminat memanggilnya puan.

“Saya tanya individu itu kenapa panggil saya puan? Dia membalas, saya kan sudah berkahwin. Barulah saya sedar bahawa saya dah kahwin,” tegas Nabila Razali.