AEON Co (M) Bhd dan AEON BiG (M) Sdn Bhd (AEON Malaysia) mengumumkan kenaikan gaji minimum untuk pekerja Gred G daripada RM1,200 kepada RM1,500 sebulan berkuat kuasa pada 1 Januari lalu.

Pengarah Komunikasi Korporat AEON Malaysia, Dr Kasuma Satria Mat Jadi, berkata syarikat amat bersyukur kerana dapat melaksanakan gaji minimum baharu kepada pekerja Gred G.

Difahamkan, jumlah tersebut adalah gaji pokok yang belum termasuk elaun atau insentif lain. Inisiatif AEON dalam melaksanakan kenaikan gaji minimum ini selaras dengan usaha memperjuangkan Matlamat Pembangunan Kelestarian Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG 8) untuk menyediakan pekerjaan yang baik dan pertumbuhan ekonomi.

Pengumuman tersebut mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen memuji inisiatif AEON untuk menaikkan gaji minimum kepada pekerjanya. Tidak hanya itu, para netizen turut menyambut baik pendekatan yang diambil oleh AEON.

https://twitter.com/gigihadidi93/status/1493768926383460353

Malah, ada juga netizen mengatakan akan berbelanja di AEON sebagai tanda sokongan kerana menaikkan gaji minimum pekerjanya walaupun harga barangan di sana sedikit mahal.

Walau bagaimanapun, segelintir netizen mengatakan bahawa gaji minimum tersebut masih rendah tetapi ianya lebih baik daripada tiada langsung kenaikan. Malah, para netizen bangga dengan insentif yang dilakukan oleh AEON.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Terima Nasihat Orang Ramai, Zizan Razak Umum Tarik Diri Dari Dunia Forex

Ini Sebab Mengapa Papan Tanda Family Mart Di Cameron Highlands Hanya Berwarna Hitam Putih

Peminat Mula Perasan Daud Kim Hanya Gunakan Islam Untuk Konten Dan Tambah Pengikut