Menjadi idaman buat semua orang untuk memiliki simpanan cecah RM1 juta sebaik capai umur 30 tahun kerana mahu ‘pencen’ lebih awal.

Namun, dengan purata gaji RM3,000 sehingga RM3,500 untuk fresh graduate, ia boleh dilihat sebagai satu misi gila dalam mencapai simpanan RM1 juta pada usia 30 tahun.

Seorang individu yang baru berusia 22 tahun berkongsi azamnya yang mahu mencapai simpanan sejuta yang pertama seawal 30 tahun dan langsung meminta nasihat dari pakar kewangan di X.

Dia lansung bertanya sama ada azamnya boleh dicapai dan kalau ya berapa perlu dirinya meraih pendapatan dan merancang perberlanjaan untuk mereliasasikan.

rm1 juta
Sumber Gambar: Mohd Zulkifli

Pakar kewangan yang dikenali sebagai AmmarFRS, sedia merungkai sejauh mana realistiknya dalam mencapai RM1 juta dalam tempoh 8 tahun dengan memberi kiraan kasar serta komen jujur terhadap persoalan tersebut.

Berapa simpanan yang diperlukan untuk capai sejuta?

Untuk mencapai simpanan RM1 juta dalam masa 8 tahun, dia berkongsi kiraan kasar untuk simpanan bulanan yang diperlukan:-

RM1,000,000 ÷ 8 tahun = RM125,000 setahun

RM125,000 ÷ 12 bulan = RM10,417 sebulan

Dia menyimpulkan bahawa individu itu perlu memyimpan RM10,417 selama 8 tahun secara berterusan yang mana sangat susah untuk dicapai secara realistiknya apatah lagi apabila purata gaji untuk 20-an kebiasaannya masih di bawah RM4,000.

Sebelum menolak idea itu sepenuhnya, dia menegaskan bahawa pengiraan ini mengandaikan penjimatan langsung tanpa pelaburan. Bagaimana jika wang anda bekerja untuk anda?

Daripada membiarkan wang tunai terbiar di akaun simpanan, @ammarFRS mencadangkan agar wang itu digunakan melalui pelaburan

Dengan mengandaikan pulangan tahunan sebanyak 7% daripada gabungan ASB, saham, atau kenderaan pelaburan lain, berikut adalah jumlah yang anda perlu laburkan setiap bulan:

RM5K sebulan selama 8 tahun ≈ RM634K

RM7K sebulan selama 8 tahun ≈ RM887K

RM8K sebulan selama 8 tahun ≈ RM1.01M

Pada dasarnya, pelaburan membantu tetapi anda masih perlu memasukkan wang yang banyak setiap bulan.

rm1 juta
Sumber Gambar: Job Majestic

Tapi timbul persoalan sama ada fresh graduate mampu mencapai gol sebesar ini memandangkan permulaan kareer di dalam kehidupan mereka biasanya hanya ditawarkan sekitar RM2,500 hingga RM3,500 sebulan.

Meskipun mereka memilih untuk menyimpan 50% gaji berkenaan ia masih terlalu mencabar kerana hanya boleh menyimpan di antara RM1,250 hingga RM1,740 sebulan yang mana sangat jauh dari sasaran simpanan yang dicadangkan.

Untuk mencapai sejuta pertama, dia langsung memberi tips dan panduan yang realistik buat mereka yang berminat.

1. Letak sasaran berperingkat

Untuk mencapai impian yang besar itu, pakar kewangan itu langsung meletakkan gol yang lebih realistik yang mana mereka perlu mencapai secara berperingkat dengan jumlah yang masuk akal.

RM100K untuk 25 tahun

RM250k untuk 28 tahun

RM500k untuk 30 tahun

RM750K untuk 33 tahun

RM1 juta untuk 35 tahun

Bagi dirinya, seseorang yang mampu mencapai RM1 juta pada usia 35 tahun pun sudah dikira pencapaian yang membanggakan dan ia bukanlah satu yang memalukan untuk mengatur garis masa dalam mencapai impian itu.

2. Pertumbuhan pendapatan menjadi sasaran utama

Tegasnya, tiada guna bersembang nakkan RM1 juta tapi gaji masih di tingkat yang sama atau biasa-biasa sahaja.

Dia berkata anda perlu sekurang-kurangnya pendapatan minimum sekitar RM15,000 di lewat 20-an. Untuk mencapai gaji sebegitu, dia menyarankan individu untuk berkecimpung di dalam industri teknologi, jualan, kewangan atau buat bisnes sendiri.

3. Miliki pendapatan dari beberapa saluran

Ammar mendakwa kalau ada rahsia yang orang kaya selalu buat dalam mencapai status jutawan adalah sudah semestinya tidak bergantung dengan satu pendapatan sahaja.

Dia langsung mencadangkan agar seseorang untuk menyasarkan memiliki tiga saluran pendapatan sebelum umur 25 tahun yang mana merangkumi kerja hakiki, bisnes sampingan atau freelance, pelaburan dan mungkin digital produk yang dijual.

4. Kawal perbelanjaan secara berhemat

Dia mendedahkan ramai menaik taraf gaya hidup setiap kali pendapatan naik dan hasilnya simpanan masih tetap kosong di pengakhiran bulan.

Sebagai panduan, sekurang-kurangan 50% sebarang kenaikan perlu disalurkan ke dalam pelaburan.

5. Tangguhkan pembelian besar

Bagi dirinya, di usia 20-an sebaiknya buat seseorang untuk membina kekayaan berbanding tampak kaya di mata orang ramai tetapi hakikatnya masih berada di dalam krisis kewangan.

Antara contoh pembelian besar yang perlu ditangguhkan seperti kereta baharu, gajet terkini dan juga tidak mengambil peduli dengan pakaian berjenama yang pasti menelan ribuan ringgit.

6. Keusahawanan adalah jalan pintas

Berkongsi lanjut, rata-rata individu yang berjaya mencapai RM1 juta pada usia 30 tahun adalah dengan bisnes dan bukannya dengan gaji semata-mata.

Malah, dengan bisnes kecil yang mampu menjana keuntungan sekitar RM10,000 hingga RM20,000 boleh membawa anda ke arah tersebut.

Tiada ada idea bagaimana nak mula? Boleh pertimbang dropshipping, servis pasaran digital, cipta konten dan bina aplikasi.

Adakah RM1 juta boleh dicapai pada usia 30 tahun?

Beliau menyimpulkan ia boleh dicapai tetapi dengan syarat seperti berikut:-

1. Pertumbuhan gaji yang tinggi iaitu RM15,000 pada usia 28 tahun.

2. Simpan 40% hingga 50% daripada pendapatan.

3. Strategi pelaburan yang bagus.

4. Tangguh benda mewah

5. Miliki sumber kewangan dari bisnes.

Bagi kebanyakan orang, ia tidak akan berlaku dalam sekelip mata, tetapi dengan disiplin dan strategi yang betul, ia mungkin.

rm1 juta
Sumber Gambar: The Sun

Dia sempat berpesan “Jangan rosakkan kesihatan mental dan hubungan anda hanya untuk mencecah RM1 juta”.