F1 Sepang 2026 bakal berlangsung pada 2 hingga 4 Oktober dan peminat yang merancang untuk menyaksikan perlumbaan secara langsung mungkin sudah mula mencari hotel berdekatan Sepang International Circuit.
Selepas hampir sedekad tidak menjadi sebahagian daripada kalendar Formula 1, kepulangan F1 ke Sepang pastinya membuatkan kawasan sekitar litar kembali menjadi tumpuan.
Baca Juga:
- F1 Kembali Ke Sepang: ‘Ekonomi Malaysia Boleh Raih RM1 Bilion’ – Pakar Ekonomi

- 5 Sebab Kuala Langat Jadi Destinasi ‘Day Trip’ Yang Unik Dan Terbaik Buat Warga Kota

- Tiket F1 Dijangka Mahal, Tiada Lagi Harga Bawah RM100


Kalau anda datang dari luar Selangor atau mahu mengelakkan perjalanan jauh selepas seharian berada di litar, menginap berhampiran Sepang boleh jadi pilihan yang lebih praktikal.
Tidak semestinya perlu memilih hotel paling mahal atau paling dekat dengan litar. Hotel di sekitar KLIA dan Sepang juga boleh menjadi pilihan kerana lokasinya lebih mudah diakses, terutama untuk mereka yang datang dari luar kawasan.
Kalau anda sedang mencari penginapan untuk F1 Sepang 2026, ini empat hotel yang boleh dipertimbangkan.
1. Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA

Kalau anda mencari penginapan yang lebih selesa untuk race weekend, Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA boleh dimasukkan dalam senarai.
Hotel ini terletak di Kompleks TH Sepang dan berada berhampiran kawasan KLIA, menjadikannya pilihan yang praktikal untuk mereka yang datang dari luar Selangor.
Lokasinya juga memudahkan urusan perjalanan kerana anda boleh terus menuju ke hotel selepas tiba di KLIA sebelum bergerak ke Sepang International Circuit pada hari perlumbaan.
Selepas seharian berada di litar, kemudahan hotel yang lebih lengkap pula membolehkan aanda berehat dengan selesa sebelum kembali menyaksikan perlumbaan pada hari berikutnya.
Memandangkan F1 hanya berlangsung untuk satu hujung minggu, elok semak harga dan kekosongan lebih awal. Harga bilik juga boleh berubah mengikut permintaan dan tarikh tempahan.
2. ibis Styles Sepang KLIA

Bagi anda yang mahukan penginapan yang selesa tetapi tidak semestinya hotel premium, ibis Styles Sepang KLIA boleh menjadi salah satu pilihan.
Hotel ini terletak di kawasan KLIA dan mempunyai akses yang lebih mudah ke kawasan Sepang.
Salah satu kelebihan memilih hotel berhampiran KLIA ialah korang tidak perlu menetap di tengah Kuala Lumpur dan berdepan perjalanan yang lebih jauh ke litar.
Ia juga sesuai untuk mereka yang datang menggunakan penerbangan kerana boleh terus menuju ke hotel selepas tiba di lapangan terbang.
Untuk race weekend, lokasi sebegini boleh menjadi pilihan praktikal kerana sebahagian besar masa anda mungkin akan dihabiskan di Sepang International Circuit. Jadi, hotel yang selesa untuk berehat selepas seharian di litar sudah memadai.
3. Sama-Sama Hotel KLIA

Kalau korang mahukan penginapan yang lebih selesa dan dekat dengan kawasan KLIA, Sama-Sama Hotel KLIA boleh dipertimbangkan.
Lokasinya yang berhampiran lapangan terbang menjadikannya pilihan praktikal, terutama untuk peminat F1 yang datang dari negeri lain atau menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur.
Selepas seharian berada di Sepang International Circuit, korang boleh kembali ke hotel tanpa perlu menempuh perjalanan yang terlalu jauh dari kawasan litar.
Kedudukannya juga memudahkan urusan perjalanan sekiranya anda mempunyai penerbangan pulang selepas tamat perlumbaan.
4. Tune Hotel KLIA-KLIA2

Kalau anda lebih mengutamakan bajet, Tune Hotel KLIA-KLIA2 boleh menjadi pilihan yang lebih praktikal. Hotel ini terletak berhampiran KLIA2 dan sesuai untuk mereka yang hanya memerlukan tempat yang selesa untuk berehat selepas seharian berada di Sepang International Circuit.
Bagi peminat F1 yang datang bersama rakan, penginapan seperti ini boleh membantu menjimatkan sebahagian daripada bajet perjalanan.
Lebihan bajet tersebut boleh digunakan untuk perkara lain seperti tiket perlumbaan, makanan, pengangkutan atau merchandise F1.
Lokasinya yang berhampiran lapangan terbang juga menjadi satu kelebihan untuk mereka yang perlu menaiki penerbangan pulang selepas race weekend. Jadi, anda boleh terus bergerak ke lapangan terbang selepas check-out tanpa perlu melakukan perjalanan jauh dari pusat bandar.
Jangan tunggu sampai race weekend
Kepulangan Formula 1 ke Sepang selepas hampir sedekad pastinya menjadi antara acara yang dinanti-nantikan peminat sukan permotoran di Malaysia.
Dengan perlumbaan berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober 2026, permintaan terhadap hotel berhampiran Sepang International Circuit dan KLIA berkemungkinan lebih tinggi berbanding hujung minggu biasa.
Anda boleh bandingkan beberapa hotel di sekitar Sepang melalui Traveloka atau Agoda sebelum memilih berdasarkan bajet, jarak dan kemudahan yang ditawarkan.
Jangan lupa semak juga polisi pembatalan, waktu daftar masuk dan pilihan pengangkutan sebelum membuat tempahan. Perkara ini penting kerana keadaan trafik sekitar litar boleh menjadi lebih sibuk.
Paling penting, jangan hanya melihat harga bilik semata-mata. Pertimbangkan juga kos dan masa perjalanan ke Sepang International Circuit.
Hotel yang sedikit jauh tetapi mempunyai akses yang lebih mudah mungkin sebenarnya lebih praktikal berbanding hotel yang kelihatan dekat tetapi mengambil masa lebih lama untuk sampai ketika jalan raya mula sesak.
Kalau anda memang sudah lama menunggu F1 kembali ke Sepang, pastikan tempat stay pun sudah settle lebih awal. Tinggal fikir nak tengok perlumbaan dari grandstand mana dan driver mana yang anda nak sokong nanti.