Sebelum ini dilaporkan bahawa seorang selebriti wanita tempatan tanah air kini berada di bawah pengawasan Bank Negara dan disiasat di bawah Jenayah Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA).

Identiti selebriti tersebut menjadi persoalan ramai dan ramai orang meneka siapakah selebriti terbabit. Lantaran itu, Fara Mendoza telah melenting di Instastory miliknya apabila mengetahui namanya dipetik netizen sebagai individu yang terlibat dalam kontroversi itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurutnya, dia berasa terkejut kerana namanya diburukkan walaupun tiada kena mengena dengan hal tersebut dan hanya mengetahui tentang kontroversi tersebut apabila ada yang memberitahunya.

“Sumpah aku tak faham netizen ni, apahal nama aku dipetik dalam pengubahan duit haram?” tulis Fara Mendoza.

Tambahnya, dia tidak lah hidup semewah seperti yang disangka dan berasa terkejut apabila namanya dikaitkan dengan kontroversi itu.