Bekas pemain skuad kebangsaan Portugal, Nani merasakan rakan senegaranya, Cristiano Ronaldo tidak perlu untuk beraksi di liga profesional lebih rendah untuk merealisasikan impian 1,000 gol dalam kariernya.
Hal ini kerana beliau melihat Ronaldo masih bertenaga untuk mengerah kudrat buat Al-Nassr dalam saingan Liga Pro Arab Saudi dan dijangka akan mampu beraksi di Euro 2028.
Baca Juga:
- Cristiano Ronaldo: Tak Kisah Main Di Mana, Impian 1,000 Gol Tetap Membara

- Roberto Martinez Dedah 3 Sebab Cristiano Ronaldo Masih Pilihan Utama Portugal

- Tunku Ismail Dedah Cristiano Ronaldo Hanya Mahu Beraksi Di Johor Jika Al-Nassr Turun Ke Malaysia

Ronaldo telah menyuarakan hasrat untuk mencapai angka empat digit dalam rekod golnya selepas melepasi 950 gol.

Beliau dijangka akan mencapai pencapaian luar biasa itu dengan mudah memandangkan masih lagi menjadi penyerang prolifik untuk Al-Nassr.
Selain itu, beliau turut memegang rekod sebagai penjaring terbanyak sepanjang masa dalam bola sepak antarabangsa lelaki dengan 143 gol.
Nani Yakin Dengan Kemampuan Ronaldo
“Dia akan mencapai 1,000 gol dengan mudah, saya tidak ragu tentang itu,” ujar Nani menurut sumber laporan Goal.
“Ia adalah satu pencapaian yang penting baginya. Sesuatu yang telah difikirkan sejak bertahun-tahun.”

“Dia mahu mencapai 1,000 gol yang direkodkan secara rasmi kerana pemain lain seperti Pele atau Romario mendakwa mencapai angka itu, tetapi tidak semua gol mereka mempunyai rekod.”
“Cristiano pula boleh menghasilkan sebuah filem dengan semua golnya. Dia pasti akan sampai ke sasaran itu walaupun terpaksa bermain di liga profesional paling rendah di dunia.”
“Namun hakikatnya, dia tidak perlu pun untuk berbuat demikian,” tambah Nani lagi.