Naqiu mendedahkan bahawa dia pernah menjadi seorang pelajar yang nakal pada satu ketika dahulu dan pernah bawa duit belanja sekolah yang sangat banyak.
Ini kerana dia telah merasai kegemilangan pada usia muda, dan ada duit yang banyak.
Baca Juga:
- Dituduh Kurus Kerana Ambil ‘Barang’, Naqiu Cabar Individu Sebar Fitnah Bertemunya
- Netizen Persoal Kemenangan Bersama Naqiu Dan Hady Mirza Di Gegar Vaganza 6
- Naqiu Boboy Kongsi Kisah Zaman Kejatuhannya 12 Tahun Lalu
Menerusi podcast Show Dalam Bilik, Naqiu menyatakan bahawa dia pernah membawa wang sebanyak RM15,000 ke sekolahnya.
Naqiu menegaskan bahawa pada usia 15 tahun dia sudah ada kemewahan yang dirasai oleh mereka yang berusia 25 atau 30 tahun.
“Kebanyakan budak umur 16 tahun, 17 tahun baru nak kenal dunia. Saya pula telah memiliki segala yang orang usia 25 tahun atau 30 tahun ada,” tegas beliau.
Ketika pelajar lain sebaya dengannya memikirkan tentang PMR, Naqiu pula mendedahkan dia sudah tidak memikirkan soal pelajaran pada masa itu.
“Sebab dalam buku teks saya ada duit. Dalam beg sekolah saya hanya ada 2 atau 3 buku sahaja, yang lain semua duit.
“Paling banyak saya pernah bawa ke sekolah dalam RM15,000 dalam beg sekolah. Di zaman itu, kira kira dalam 2002, 2003 atau 2004.”
Naqiu kemudian menjelaskan bahawa dia sudah memberikan wang kepada ibunya, namun masih membawa wang sebanyak itu ke sekolah secara tunai.
Segalanya berlaku bukan ketika awal dia popular bersama dengan kumpulan Boboy, sebaliknya kira kira setahun selepas itu.
Semuanya kerana Naqiu akui pada masa itu dia sudah mulai nakal dan besar kepala. Selain itu wang yang dia terima semakin masuk pada ketika itu.
“Duit saya pada masa tu, tak semakin kurang, tetapi semakin masuk,” jelas beliau.
@showdalambilik Kisah perjalanan hidup @Naqiu Mohd sepanjang bergelar anak seni #naqiu #showdalambilik #ohbulanofficial
Di ruangan komen mereka benar benar terkejut dengan pengakuan itu. Kerana menurut mereka pada tahun 2002, RM15,000 jumlah yang sangat besar pada masa itu.
Seorang lagi menulis: “Awal tahun 2000 aku pernah bawah RM20 ke sekolah, ada kawan nampak, terus orang cop aku anak orang kaya. Bayangkan bawa RM15k masa tu?”
Walaupun Naqiu kelihatan hanyut dengan dunia glamor dan wang yang banyak, namun netizen tetap kagum kerana dia tetap pergi ke sekolah. Kerana ramai remaja yang menikmati kejayaan pada usia muda dan berduit, mereka tidak kisah pasal sekolah lagi.
Yang lain juga setuju, bahawa wang yang banyak di tangan seorang remaja sekolah akan membuatkan mereka tidak akan memikirkan soal PMR atau SPM, kerana mereka sudah tahu cara buat duit.
“Ambil ujian pun sekadar cukup syarat,” tegas netizen tersebut.
Ramai yang mempersoalkan, kenapa Naqiu boleh menjadi begitu kaya pada usia muda dan boleh membawa duit sebanyak itu ke sekolah?
Seorang yang lain menjelaskan: “Dia memang sangat popular zaman tu. Aku budak sekolah lagi masa tu. Tetapi kakak kakak aku suka betul dengan dia. Tak pelik pun dia jauh menyimpang dahulu.
“Alhamdullilah sekarang dia ok.”