Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah mengenakan tarif import terhadap beberapa negara bermula pada 1 Ogos ini.

Malaysia tidak terkecuali dimana Trump mengenakan tarif import sebanyak 25 peratus.

Baca Juga:

Negara Dikenakan Tarif Import Tinggi Berbanding Malaysia

Ketika Malaysia dikenakan tarif sebanyak 25 peratus, beberapa negara lain tidak bernasib baik dimana mereka dikenakan tarif yang jauh lebih tinggi.

Tarif Import
Donald Trump

Myanmar dan Laos menghadapi kadar tarif 40%, levi tertinggi yang mahu dikenakan oleh kerajaan Trump.

Thailand dan Kemboja menghadapi potensi tarif sebanyak 36%, manakala Trump mengumumkan tarif yang lebih rendah sedikit sebanyak 35% ke atas kedua-dua Bangladesh dan Serbia.

Indonesia adalah satu-satunya negara yang menghadapi kemungkinan kadar tarif 32%. Import dari Afrika Selatan dan Bosnia dan Herzegovina akan dikenakan duti 30% mulai 1 Ogos.

Tarif Import

Bagi Malaysia,  Trump menjelaskan perkara ini boleh berubah iaitu tidak dikenakan sebarang tarif jika syarikat tempatan pertimbang untuk membangunkan atau menghasilkan produk di AS.

Tidak sekadar itu, Trump turut menggalakkan penyertaan Malaysia yang lebih besar dalam ekonomi Amerika Syarikat, yang disifatkannya sebagai “pasaran nombor satu” di dunia.