Seorang netizen yang juga bekas staf restoran makanan segera berkongsi cara dia memesan makanan di laluan pandu laju. Dan dia bangga menunjukkan dirinya memesan makanan di situ selaku bekas staf McDonalds.

Dengan kapsyen ‘POV: Apabila kau pernah jadi staf McD’, netizen pula naik menyampah dengan cara wanita itu memesan makanan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dia dianggap terlalu cerewet kononnya nak menunjukkan diri dia terpaling McD, kata netizen.

Antaranya, dia meminta semua bahan bahan makanan yang baru dan segar. Ini termasuk kentang goreng panas serta patty burger haruslah dipotong.

Wanita itu jelas mahu menunjukkan betapa dia tahu selok belok operasi di dapur kedai tersebut.

Wanita dan lelaki tersebut telah meminta macam macam termasuk mahukan bubur yang mereka pesan itu harus yang diambil terus dari periuk bukannya yang sudah siap diletakkan dalam mangkuk tapau.

Dia menegaskan dia nak bubur yang baru sahaja dimasak sambil kawan lelakinya menambah: “Kalau boleh nak semua segar” sambil menyatakan mereka tidak kisah menunggu.

Wanita itu turut menunjukkan ilmu pengetahuannya dengan berkata kepada staf yang melayannya dengan berkata: “Sebab deluxe cuma dimasak empat minit sahaja bukan?”

Staf menjawab ‘ya’.

Wanita itu menambah: “Ha tak apa boleh tunggu, asalkan dalam periuk punya. Tapi kalau Deluxe yang kosong tu minta untuk tolong potong boleh tak, potong dia punya patty tu.”

Kawan lelakinya di dalam kereta itu kelihatan mulai mempersoalkan kenapa banyak sangat permintaan wanita itu. Dia mempertahankan sikap cerewetnya atas alasan demam.

“Orang demam memang macam ni kena demand sikit. Awak tak pernah minta bubur dekat dalam periuk kan? Saya minta, sebab saya nak makan. Cakap dekat dia kentang tu nak yang panas-panas tak nak sejuk,” kata wanita itu mengajar lelaki tersebut.

“Garam tu pastikan cukup rasa, satu kali tuang je tak nak dua tiga kali tuang nanti kang masin. Cakap dekat dia kentang tu masak beberapa minit je kan. Ha awak kerja MCD kentang masak berapa minit, awak tahu tak?”

Lelaki itu turut menjawab 4 minit, menunjukkan bahawa kedua duanya memang bekas staf McD.

Di ruangan komen ramai mengecam sikap wanita itu terutamanya. Mereka menyindir: “Yelah kaulah yang terpaling McD.”

Yang lain menambah: “Nama pun kedai makanan segera, nak benda yang betul betul segar pergi restoran 5 bintang la.

Ada juga yang menganggap wanita itu jenis beriya dan mengingatkan wanita itu: “Ingatkan selaku bekas staf kedai makanan dan minuman, dia faham kesulitan orang lain di dapur FNB, sekali dia melebih.”

Seorang lagi menambah: “Aku dulu bekas staf promoter jual pakaian, sampai sekarang aku selalu tolong lipatkan baju dalam kedai jika aku ada kelapangan kerana aku faham situasi promoter di situ.”

Seterusnya ada juga yang tabik hormat kepada staf McD yang sabar melayan karenah dua orang cerewet itu.