Sejak beberapa hari ini netizen sudah mula mencuba aplikasi media sosial baharu, Upscrolled, buatan pemuda muslim ini.

Upscrolled diasaskan oleh Issam Hijazi, seorang pakar teknologi warga Australia berketurunan Palestin.

Aplikasi ini dicipta sebagai respons terhadap isu penapisan kandungan (censorship) dan sekatan (shadowban) yang sering dihadapi oleh suara-suara pro-Palestin di platform besar seperti Meta dan TikTok.

Walaupun Upscrolled dilancarkan pada Jun 2025, aplikasi itu mula meraih perhatian dunia pada awal Januari tahun ini.

Oleh sebab itu banyak username nama-nama besar yang masih tersedia dan orang ramai boleh memilikinya.

Netizen di Malaysia turut tidak melepaskan peluang untuk memiliki username nama-nama besar di Malaysia.

Antaranya adalah TV3, Public Health Malaysia, Shopee, CIMB, Air Selangor, KL Foodie, Starbucks Malaysia, Sunway, Sime Darby, Batik Air Malaysia, Rembayung, Sephora Malaysia, 7 Eleven, Touch n’ Go dan Mydin.

Username individu ternama juga tidak terlepas, seperti Syed Saddiq, Bella Astilah, Khairul Aming dan Tony Fernandes.

Netizen berseloroh sekiranya pemilik asli nama-nama besar itu inginkan username mereka pada aplikasi Upscrolled, netizen sedia berunding harganya.

Setakat artikel ini ditulis, Upscrolled menduduki tempat ketiga dalam senarai aplikasi tertinggi dimuat turun oleh pengguna iOS.