Kad kredit banyak kebaikannya tetapi boleh menjadi punca kejatuhan seseorang apabila tidak mampu bayar dan sebagainya. Oleh itu, anda perlu berfikir panjang sebelum mengambil keputusan untuk mendapatkan kad kredit.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @kaytieyou telah memuat naik sebuah gambar tangkap layar dengan hantaran mahu meminta bantuan orang ramai terutama sekali pemilik akaun ‘dark side’ untuk melunaskan hutang kad kredit.

Baca Juga:

Menerusi gambar tersebut, dapat dilihat dia dan teman lelakinya memiliki hutang kad kredit mencecah hampir RM3,000. Menurutnya, dia dan teman lelaki mempunyai masalah perniagaan sehingga terpaksa menggunakan kad kredit untuk perbelanjaan harian untuk beberapa bulan.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mengecam tindakan pemilik akaun ‘dark side’ itu kerana meminta sedekah kepada umum untuk membayar hutang kad kredit miliknya dengan teman lelaki.

https://twitter.com/elliehamed/status/1630756198986448898

Bukan itu sahaja, para netizen turut berpendapat agar pemilik akaun tersebut mencari pekerjaan dan bukannya meminta sedekah cuba meraih simpati orang ramai. Malah, rata-rata netizen mengatakan bahawa mereka sepatutnya mengukur baju di badan sendiri dan tidak berlebihan menggunakan kad kredit.