Satu ketika dahulu pasangan Ina Naim dan Allahyarham Suhaimi Saad sering menjadi mangsa kutukan netizen kerana tidak mempunyai mesin basuh di rumah.

Dalam satu sesi live TikTok baru-baru ini, Ina meminta orang ramai agar tidak lagi mengungkit hal itu kerana dia kini telah menjalankan perniagaan kedai dobi.

Baca Juga:

Memetik Kosmo, perniagaan itu merupakan impian Allahyarham Suhaimi untuk menyediakan perkhidmatan dobi di kampungnya yang terletak di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.

“Selain berniaga kopi, sabun dan koko, alhamdulillah Allah izinkan saya tidak perlu pergi ke dobi. Saya sendiri sudah membuka dobi. Jadi jangan tanya mesin basuh mana.

“Ini mesin basuh banyak. Selepas ini jangan tanya lagi. Jangan cakap suami saya tidak beli mesin basuh, tidak beli itu, tidak beli ini. Saya sekarang sudah buka dobi di kampung.

“Sejak 2009 lagi awah memang sudah bercita-cita untuk membuka kedai dobi di kampung ini,” kata Ina dalam satu sesi live TikTok.

Menurut Ina, beliau menggunakan duit royalti Allahyarham Suhaimi untuk dijadikan modal membuka kedai dobi.

“Duit royalti arwah saya tidak guna sewenang-wenang untuk berseronok. Tetapi saya membuka dobi kerana duit itu akan sentiasa berkembang.

“Saya membuka dobi ini selepas arwah meninggal, alhamdulillah rezeki tidak putus terutamanya ketika musim hujan.

“Ada sahaja orang hantar baju termasuk pihak masjid yang menghantar sejadah dan telekung. Ada juga sekolah yang menghantar alas meja guru dan langsir untuk dibasuh,” kata Ina Naim, petik Kosmo.

Terdahulu, seorang kenalan rapat Ina Naim menjelaskan keluarga mereka bukan tidak mempunyai mesin basuh di rumah.

Sebaliknya mesin basuh mereka telah diberikan kepada jiran selepas mengetahui mesin basuh jiran sudah rosak. Allahyarham sendiri meminta berbuat sedemikian.

Sumber