Netizen kecam cara The Gadys menjawab soalan wartawan baru baru ini yang dianggap kekwat.

The Gadys menjawab tentang kritikan yang mereka hadapi. Dan mendedahkan ada yang menyuruh mereka pergi mampus kerana suara tak sedap.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Beberapa minggu lalu, Kumpulan gadis muda The Gadys menerima kritikan yang dilemparkan ke atas mereka secara terbuka selepas ramai melabel mereka bersuara sumbang.

Persembahan mereka pada satu anugerah anjuran RTM baru baru ini menuai banyak kritikan. Ini termasuk daripada komposer terkenal Julfekar yang mempersoalkan atas dasar apa The Gadys dijemput membuat persembahan?

The Gadys yang memiliki peminat mereka tersendiri terutama sekali di platform media sosial. Dianggotai Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Thamiera Cahn.

Pada malam tersebut mereka memilih untuk membawa lagu medley Cintaku Sampai Ke Ethiopia nyanyian asal Ria Resty Fauzi, Cinta Sampai Mati (Raffa Affar) dan Gadis Dan Bunga (Rahimah Rahim).

Malangnya mereka gagal menyampaikan mutu vokal yang baik. Dan The Gadys telah menyanyi dengan nada sumbang.

Netizen mengkritik persembahan mereka dan menganggap nyanyian mereka bertaraf karaoke bilik mandi.

The Gadys bidas netizen yang sentu isu kesihatan mental

Bercakap kepada Astro Gempak, ketiga tiga mereka menyatakan ketika latihan, segalanya berjalan lancar. Sehinggalah ke hari persembahan, ianya tidak menjadi.

Kemudian seorang lagi berkata: “Ada yang teruk, sampai kata, suara tak sedap boleh pergi mampus.

“Adakah kamu benar benar mahu kami pergi mati?

“Sebab tak kisah korang nak cakap pasal suara, kami tak kisah sama sekali, tetapi jangan sentuh isu kesihatan mental.”

Namun begitu ada yang kurang senang dengan cara mereka menjawab wartawan yang dianggap kerek.

@astrogempak

Tak baik cerca yang bukan bukan. Ada ke patut kata @thegadys jadi penyanyi pakai cabel? Haaa nak tahu apa jadi malam persembahan tu, korang kena stay tuned video penuh Lancang Bethol @thegadys malam ini di gempak.com ! Gempak Most Wanted 🗓️ Setiap Isnin hingga Jumaat ⏰ 11 malam 📺 Astro Ria dan Astro GO 📱 Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #GempakMostWanted tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM41.99/bln (JIMAT 30% – tawaran terhad dengan langganan auto-debit. Harga Asal: RM59.99). WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838. #LancangBethol #GempakMostWanted #GempakMostWanted2023 #GempakMostWantedShow #AstroBaharu #TakMacamDulu

♬ original sound – Gempak – Gempak

Kak Jah mengkritik The Gadys yang kekwat serta terkeluar dari konteks: “Dah la nyanyi tak sedap, lepas tu kekwat menjawab dan siap kaitkan dengan isu kesihatan mental bagai.

“Kau suara bercakap kat mikrofon pun kita tahu tak sedap.”

Ada yang menasihati The Gadys agar lebih profesional menjawab kritikan ke atas mereka bukannya dengan cara kekwat begitu.

Mereka tidak patut menyatakan mereka tidak kisah langsung pasal orang mengkritik suara mereka, sebaliknya lebih baik mengambil teguran dengan positif.

Ada juga yang terkejut dengan perwatakan The Gadys di hadapan wartawan berbanding di atas pentas.

Jawapan pengurusan

Beberapa hari lalu, pihak pengurusan yang mengendalikan The Gadys Universal Music Malaysia & Valient Music memberikan komen kepada BH Online.

Dan mereka menegaskan bahawa The Gadys sangat tenang dalam menghadapi kecaman itu. Malah menyalahkan kesilapan teknikal sebagai punca 3 gadis muda itu gagal memberikan persembahan terbaik.

Jurucakap itu berkata: “The Gadys tenang berdepan dengan kritikan dilemparkan, mereka baca komen, tetapi memilih tidak panjangkan.”

Jurucakap yang sama menegaskan bahawa The Gadys akui kelemahan dan kesilapan mereka. Dan nekad untuk memantapkan lagi vokal mereka setelah apa yang berlaku.

Bercerita tentang isu kesilapan teknikal, pihak pengurusan menyalahkan minus one yang digunakan pada hari persembahan berbeza dengan yang mereka guna ketika latihan, yang mana ‘key’nya adalah lebih rendah.

Namun mereka enggan menyalahkan mana mana pihak dan mengakui memang kelemahan artis mereka sendiri.

Sumber itu menambah: “Pada hari kejadian, produksi menggunakan minus one mereka dengan ‘key’ lebih tinggi. Apapun, kami tak menyalahkan pihak produksi dan mengakui kekurangan The Gadys.”

Selepas ini pihak pengurusan akan lebih selektif dalam memilih lagu artis lain yang mereka bawakan, jika diminta berbuat demikian.

Bukan bermakna mereka tak nak langsung membawa lagu artis lain, cuma lebih berhati hati.

Sambil meminta pendengar mencari sendiri video persembahan live The Gadys di YouTube untuk membuktikan bahawa 3 anak muda itu benar benar boleh menyanyi.

Mereka berharap peminat tidak berterusan mengkritik The Gadys yang masih baru menapak dalam industri. Kerana mereka sudah mengakui kesilapan mereka dan akan memperbaiki mutu vokal.