Kumpulan gadis muda The Gadys menerima kritikan yang dilemparkan ke atas mereka secara terbuka selepas ramai melabel mereka bersuara sumbang.

Persembahan mereka pada satu anugerah anjuran RTM baru baru ini menuai banyak kritikan. Ini termasuk daripada komposer terkenal Julfekar yang mempersoalkan atas dasar apa The Gadys dijemput membuat persembahan?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

The Gadys yang memiliki peminat mereka tersendiri terutama sekali di platfor media sosial. Dianggotai Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Thamiera Cahn.

Pada malam tersebut mereka memilih untuk membawa lagu medley Cintaku Sampai Ke Ethiopia nyanyian asal Ria Resty Fauzi, Cinta Sampai Mati (Raffa Affar) dan Gadis Dan Bunga (Rahimah Rahim).

Malangnya mereka gagal menyampaikan mutu vokal yang baik. Dan The Gadys telah menyanyi dengan nada sumbang.

Netizen mengkritik persembahan mereka dan menganggap nyanyian mereka bertaraf karaoke bilik mandi.

Pihak pengurusan yang mengendalikan The Gadys Universal Music Malaysia & Valient Music memberikan komen kepada BH Online.

Dan mereka menegaskan bahawa The Gadys sangat tenang dalam menghadapi kecaman itu. Malah menyalahkan kesilapan teknikal sebagai punca 3 gadis muda itu gagal memberikan persembahan terbaik.

Jurucakap itu berkata: “The Gadys tenang berdepan dengan kritikan dilemparkan, mereka baca komen, tetapi memilih tidak panjangkan.”

Jurucakap yang sama menegaskan bahawa The Gadys akui kelemahan dan kesilapan mereka. Dan nekad untuk memantapkan lagi vokal mereka setelah apa yang berlaku.

Bercerita tentang isu kesilapan teknikal, pihak pengurusan menyalahkan minus one yang digunakan pada hari persembahan berbeza dengan yang mereka guna ketika latihan, yang mana ‘key’nya adalah lebih rendah.

Namun mereka enggan menyalahkan mana mana pihak dan mengakui memang kelemahan artis mereka sendiri.

Sumber itu menambah: “Pada hari kejadian, produksi menggunakan minus one mereka dengan ‘key’ lebih tinggi. Apapun, kami tak menyalahkan pihak produksi dan mengakui kekurangan The Gadys.”

Selepas ini pihak pengurusan akan lebih selektif dalam memilih lagu artis lain yang mereka bawakan, jika diminta berbuat demikian.

Bukan bermakna mereka tak nak langsung membawa lagu artis lain, cuma lebih berhati hati.

Sambil meminta pendengar mencari sendiri video persembahan live The Gadys di YouTube untuk membuktikan bahawa 3 anak muda itu benar benar boleh menyanyi.

Mereka berharap peminat tidak berterusan mengkritik The Gadys yang masih baru menapak dalam industri. Kerana mereka sudah mengakui kesilapan mereka dan akan memperbaiki mutu vokal.