Netizen mempersoalkan tindakan influencer atau pencipta konten yang menjemput Hot Daddy untuk datang ke podcast mereka.
Tindakan itu seolah olah menyokong dan mempromosikan lagi apa yang dilakukannya.
Baca Juga:
- Ramai Wanita Berikan Sokongan & Bagi Gift Kepada Hot Daddy Walaupun Terlibat Aktiviti Persundalan
- Enam ‘Pelakon’ Wanita Ditahan Kerana Berlakon Dengan Hot Daddy
- Hot Daddy Dan 2 Teman Wanita Didakwa Kesalahan Promosi Persundalan
Hot Daddy sebelum ini dituduh melakukan zina dan persundalan. Dia dituduh di mahkamah atas kesalahan tersebut yang dianggap melanggar moral.
Dia secara terang terangan merakam dan menjual video seks melibatkan dia dan kira kira 20 wanita lain.
Dengan enam daripada wanita itu turut didakwa di mahkamah atas kesalahan yang sama.
Namun mahkamah setuju untuk memberikan Hot Daddy agar dia diikat jamin.
Semalam The Vocket melaporkan bagaimana netizen terutama sekali wanita, ada yang menyatakan sokongan kepada Hot Daddy dan meraikan kemunculan semula dia di media sosial.
Kemudian terdapat pula pencipta konten yang menjemput Hot Daddy untuk datang ke sesi podcast mereka.
Ramai yang menyatakan kemarahan mereka dan meminta netizen agar tidak sesekali menonton podcast tersebut.
Jangan tengok dan sumbang views dekat dorang. Biar podcast dorang kosong
— HZM (@hxzimsukri) February 4, 2024
Ada yang mempersoalkan tindakan tersebut, kerana ianya seolah olah mengagung agungkan lelaki yang membuat konten lucah.
orang Malaysia ni memang bodoh ke? asal nak diagung agungkan sangat jantan yg macam ni? buat content lucah lelaki auto agung agungkan eh? mindset apa korang ni
— 私|• ᴀ ᴋ ᴀ ʀ ɪ. (@syfnzysf_) February 4, 2024
Seterusnya mereka juga risau dengan sikap pencipta konten podcast pada ketika ini. Kerana akses kepada konten mereka juga merupakan audien dari kalangan kanak kanak dan pelajar sekolah.
Dengan menjemput seorang yang mereka gelar ‘bapa ayam’ ianya akan mendedahkan lagi golongan muda kepada benda benda kurang berfaedah dan boleh merosakkan akhlak.
Lagi siot sbb bila post dekat socmed nanti budak2 tengok & think benda tu normal. Lagi worse, ada yg nak jadi ds sbb easy money 🥲
— Hanes 🍓 (@mynurhanes) February 4, 2024
Ramai lagi yang terus mengecam pihak BGTV yang dianggap membuat perkara yang mengecewakan mereka.